Sunday, September 01, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 492)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 59:

Tidak menjawab Solawat Nabi ﷺ

.... Sambungan.......



Dalil-Dalil Penting

===============


Dalil 1: Firman Allah:


إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلاَئِكَـتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِيِّ يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ صَلُّواْ عَلَيْهِ وَسَلِّمُواْ تَسْلِيماً


"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya bersolawat kepada Nabi (Muhammad ﷺ); wahai orang-orang yang beriman bersolawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."

[Al-Ahzab (33) : Ayat 56]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Kemudian Allah mengisyaratkan betapa Dia mengagungkan dan menghargai kedudukan Rasulullah  ﷺ, Sesungguhnya Allah Yang Memiliki segala Keagungan dan malaikat-malaikat-Nya yang sentiasa berada di Sisi-Nya, yang selalu menyaksikan Keindahan-Nya, dan selalu tenggelam di dalam pertemuan-pertemuan dengan-Nya bersolawat mengagungkan dan memuliakan atas Nabiﷺ yang berhak memperoleh berbagai penghargaan dan penghormatan yang memiliki berbagai kemuliaan dan pujian, Wahai orang-orang beriman kepada Allah dengan lantaran Rasulullah ﷺ, yang membuktikan bertauhid kepada Allah dengan petunjuk Baginda, kamu lebih berhak dan lebih utama untuk mengagungkan dan bersolawat salam kepada Rasulullah ﷺ, bersolawatlah kamu kepadanya setiap kali namanya disebut dan setiap kali kamu menyebutnya dalam hati kamu dan katakanlah, Ya Allah Rahmatilah Sayyidina Muhammad Rasulullah ﷺ, dan sampaikanlah salam kepada Baginda dengan salam yang sungguh-sungguh seraya berkata, "Kedamaian, rahmat dan keberkatan tetap atasmu, Wahai Nabi."

[Tafsir Al-Jailani]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Para Ulama sepakat bahawa bersolawat kepada Rasulullah ﷺ adalah fardhu satu kali seumur hidup sedangkan lebih daripada itu adalah sunnat mu'akkad (sangat dituntut) yang menghampiri wajib.  Bagi seorang Muslim, bersolawat kepada Nabi ﷺ tidak mungkin ditinggalkan atau dilupakan."

[Tafsir Qurtubi]


Berkata Imam Ibn Kathir Radhiallahu anhu:

"Menurut Imam Bukhari, Abul Aliyah telah mengatakan bahawa yang dimaksud dengan Solawat dari Allah ialah pujian-Nya kepada Nabi ﷺ di kalangan para Malaikat, dan Solawat dari para Malaikat ialah doa mereka untuk Baginda ﷺ.  Ibnu Abbas mengatakan bahawa makna _yusalluna_ ialah memberikan keberkatan. Demikianlah menurut apa yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari secara  _ta'liq_ (  تَعْلِيْق ) — (dengan ulasan atau komentar) yang bersumber dari keduanya (Abul Aliyah dan Ibnu Abbas).

[Tafsir Ibn Kathir]


Menurut mazhab Syafi'e, 

Seseorang Muslim tidak mungkin meninggalkan Solawat kerana bacaan Solawat atas Nabi ﷺ adalah wajib ketika membaca Tahiyyat.


Menurut Ahli Ma'rifat,

Setiap salikin (murid pada Sistem Pendidikan Jalan Ma'rifat), dilatih membanyakkan Solawat atas Nabi ﷺ di samping Zikrullah bagi penyucian hati yang lebih cepat dan lebih berkesan.  Salikin dilatih membaca Solawat mulai dari sedikit, misalnya mulai Solawat sebanyak 100 kali sehari dan kemudian meningkat dari sehari ke sehari sehingga mencapai ribuan Solawat sehari semalam, kemudian meningkat lagi sehingga mencecah ratusan ribu solawat pada setiap hari, mengikut maqam masing-masing.  Pada peringkat Musyahadah, iaitu ketika seseorang yang telah mencapai maqam Tauhid Zat, memperoleh kemampuan untuk membaca solawat yang tiada terhitung.  Pada peringkat ini, lidah dan hati ahli Musyahadah menjadi lembut lunak di liputi Cahaya Rabbaniyyah.


Bersambung siri 493 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...