Sunday, September 01, 2024

 ■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 491)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 59:

Tidak menjawab Solawat Nabi ﷺ

.... Sambungan.......



Penjelasan 4:

Menurut Ahli Ma'rifat, setiap salikin (murid yang mujahadah pada Jalan Ma'rifat), dilatih membanyakkan Solawat atas Nabi ﷺ di samping Zikrullah bagi penyucian hati yang lebih cepat dan lebih berkesan.  Salikin dilatih membaca solawat mulai dari sedikit, misalnya mulai Solawat sebanyak 100 kali sehari dan kemudian meningkat dari sehari ke sehari sehingga mencapai ribuan Solawat sehari semalam, kemudian meningkat lagi sehingga mencapai ratusan ribu solawat pada setiap hari, mengikut maqam masing-masing dengan Rahmat Allah.  Pada peringkat Musyahadah, iaitu ketika seseorang yang telah mencapai maqam Tauhid Zat, memperoleh kemampuan untuk membaca Solawat yang tiada terhitung.  Pada peringkat ini, lidah dan hati ahli Musyahadah menjadi lembut lunak diliputi Cahaya Rabbaniyyah.


Penjelasan 5:

Menurut Ahli Ma'rifat, membanyakkan Solawat atas Nabi ﷺ adalah latihan yang khusus kedua penting selepas Zikrullah bagi mencapai Keimanan Sejati, Tahid yang hakiki, Ma'rifat suci murni.  Seseorang hamba Allah tidak mungkin mencapai Tauhid hakiki sebelum hatinya karam di dalam Nur Muhammad. 


Penjelasan 6:

Menurut pendirian Ahlus Sunnah yang benar (tulen), sekalian bentuk solawat yang _warid_ dari Rasulullah ﷺ (datang dari Rasulullah ﷺ) atau datang dari sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah yang terpercaya seperti Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu, Imam Al-Haddad Radhiallahu anhu, Imam Ja'afar Al-Barzanji atau Imam-Imam Ahlus Sunnah lainnya adalah sunnat diamalkan kerana mereka menulis bentuk Solawat berdasarkan Petunjuk Allah ke dalam hati mereka.  Adapun yang menuduhnya sebagai bi'dah sesat seperti puak-puak wahhabiyyah (Khawarij, kaum muda, salafi palsu) adalah mereka itu golongan sesat kerana tidak mengenali Auliya Allah yang di-Kurniakan Kemuliaan oleh Allah.  Mereka binasa dengan penentangan mereka.


Penjelasan 7:

Ulama sepakat bahawa "menjawab solawat adalah wajib" dan abaikannya adalah dosa besar. Ertinya seseorang yang mendengar nama Rasulullah ﷺ tetapi tidak menjawabnya dengan ucapan solawat, maka dia berdosa besar.


Berkata Imam Haythami Radhiallahu anhu:

"Ada beberapa Hadith yang diriwayatkan oleh para perawi Hadith seperti Imam Muslim, Imam Ibn Majah, Imam At-Tirmizi, Imam Al-Haakim, Imam Ath-Thabrani, Imam Ibn Hibban, Imam An-Nasa'i di dalam redaksi yang berlainan, menyatakan bahawa orang-orang yang tidak mahu menjawab Solawat sewaktu mereka mendengar nama Rasulullah ﷺ disebut, adalah mereka  sebagai orang yang hina, tersesat, tidak masuk syurga dan lain-lain sepertinya (yang mengisyaratkan dosa besar).

[Az-Zawaajir]


Bersambung siri 492 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳 ‎

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...