■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 516)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-61:
Penjilat - mudahanah (المداهنة)
....sambungan.....
Rawatan dan Penjagaan
=================
(1) Tuntut Ilmu Ahlus Sunnah yang benar
Seperti pesanan kami kepada semua, ini langkah pertama keselamatan, iaitu tuntut ilmu Ahlus Sunnah dan keluar dari kejahilan. Ini kerana "kejahilan" (tidak mengetahui fardhu ain, tidak mengetahui halal haram, tidak tahu hal yang di-Redhai Allah dan hal-hal yang di-Murkai-Nya) itu sendiri merupakan dosa besar.
Sebahagian orang Islam tidak menyedari bahawa "menjilat" atau biasa dikenali sebagai "mengampu" adalah dosa besar. Moga dengan penjelasan ringkas ini orang Islam akan sentiasa waspada.
(2) Jauhkan diri dari golongan penjilat
Setiap orang Islam yang mahu benar-benar beriman, bukan sahaja wajib jauhkan diri dari perbuatan "menjilat" tetapi juga jauhkan diri dari subahat kepada Golongan "Penjilat" kerana subahat kepada kekufuran adalah kekufuran. Wal Iyazubullah..
(3) Taubat sungguh-sungguh
Mereka yang pernah melakukan perbuatan "menjilat" sama ada mereka itu orang awam, orang pangkat rendah atau pangkat tinggi wajib Taubat dengan Taubat Nasuha, kerana dosa-dosanya bersangkut dengan sifat munafiq dan kekufuran.
(4) Ustaz selebriti, pendakwah selebriti wajib taubat
Ustaz-ustaz selebriti yang terpedaya dengan dunia jahiliyyah sehingga mereka melibatkan diri dengan acara-acara yang jelas bertentangan dengan hukum, wajib berhenti dan taubat segera. Dosa mereka menjadi berganda-ganda besar kerana mereka menjadi contoh kepada pengikut-pengikut mereka.
(5) Golongan Ulama fatwa dalam bahaya
Golongan Ulama wajib hati-hati. Jangan jadi seperti pendeta-pendeta Yahudi dan Nasrani yang menjual Ayat-Ayat Allah dengan harga yang murah. Jangan menjadi "penjilat" kepada pemerintah. Jangan gadaikan Iman kerana secebis dunia yang hina.
Bersambung siri 517 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment