Friday, August 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 428)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Akibat abaikan Toriqat (Tasawwuf)

==========================


Sebagaimana kami katakan dari awal lagi, terlalu banyak manusia Muslim pada zaman ini abaikan Toriqat (Tasawwuf) kerana menurut mereka Toriqat (Tasawwuf) hanya barang sampingan, bukan suatu kewajipan.  Dan bagi setengah yang lain, Toriqat (Tasawwuf) itu rekaan Ulama.  Golongan paling melampau adalah mereka yang mencaci, mengejek dan menghinanya sebagai ajaran sesat.  Wal Iyazubillah.


Bahaya 1 :

Orang yang abaikan Toriqat

(Tasawwuf), tak mampu Sucikan Hati


Ini bahaya pertama.  Dikatakan bahaya kerana setiap manusia membawa hati yang keji dan kotor, iaitu hati yang dipenuhi syirik khafi (syirik tersembunyi dalam hati),  mazmumah (sifat keji dalam hati), ghaflah (kelalaian) dan aghyar (selain Allah). 


Semua kekotoran _maknawiyyah_ ini menjauhkan manusia dari Allah, menjadikan mereka manusia yang kufur dan syirik.  Syirik yang dimaksudkan di sini adalah Syirik Khafi, iaitu syirik hati yang membinasakan Iman dan merosakkan amal Ibadah.


Meskipun mereka ahli ibadah dan banyak bersedekah, namun hati mereka masih dipenuhi berbagai kesyirikan (syirik khafi) yang tak disedari.  Mereka menyangka hati mereka sudah suci sedangkan apabila diperhalusi pada sisi Toriqat (Tasawwuf), terlalu banyak anasir-anasir perosak yang bersifat maknawiyyah yang menguasai dan merosakkannya.


Oleh kerana itu, setiap Muslim wajib berusaha menyucikan hatinya menurut Sistem Tarbiyyah di dalam Ilmu Toriqat (Tasawwuf).  Ilmu Toriqat (Tasawwuf) membawa penawar bagi segala penyakit hati manusia.  Hanya melalui Toriqat (Tasawwuf), segala penyakit-penyakit hati mampu dicabut dari akar umbinya sehingga hati manusia berkenaan benar-benar suci bersih sebagaimana tuntutan Allah... 


Firman Allah :


قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا   وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا


“Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dan merugilah orang yang mengotorinya”

[Asy-Syams (91) : Ayat 9-10]


Orang yang abaikan Toriqat (Tasawwuf) dan hanya amalkan Syari'at (fiqh) semata-mata, tak mampu bersihkan hatinya, maka akan kekallah dia di dalam kekeruhan hati, kekotoran hati dan kesyirikan hati.


Orang Islam yang paling hebat ilmu syari'atnya pun takkan mampu sucikan hatinya daripada anasir-anasir perosak kerana mereka tiada pengetahuan cara-cara menyucikannya.  Cara menyucikan hati sebagaimana tuntutan Allah hanya wujud di dalam Toriqat (Tasawwuf).  Apabila kamu abaikan Toriqat (Tasawwuf) maka kamu sudah kehilangan mutiara berharga yang paling berguna untuk menyucikan jiwa kamu.


Bersambung siri 429 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=========================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI 

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...