Friday, August 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 429)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Bahaya 2 :

Tak mampu mencapai Tauhid hakiki, Iman sejati


Ringkasan Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat :


■ Masyaikh Ahlus Sunnah membahagikan Iman atau Tauhid kepada beberapa bahagian dan tingkatan :


Pertama: Iman  Awam yang bertaqlid

Kedua : Iman orang Awam yang berdalil

Ketiga : Iman Mutakallimin (Ilmu Kalam)

Keempat : Iman Salikin yang mencapai berma'rifat.

Kelima : Iman Arifin @ Ahli Ma'rifat


Iman tingkatan 1, 2 dan 3 adalah Tingkatan Iman orang awam.


Iman tingkatan 4 adalah Iman Salikin yang sedang mujahadah pada jalan Allah. 


Iman tingkatan 5 adalah tingkatan Iman Arif Billah yang sampai ke martabat Taqwa dan Ihsan.


■ Sesungguhnya IMAN adalah "Cahaya Ketuhanan" di dalam hati insan.  


■ IMAN bukan sekadar ungkapan atau pengakuan semata-mata dan bukan teori-teori tentang Ketuhanan. 


■ IMAN tidak terhasil dari hafalan, diskusi, seminar, perdebatan... sebaliknya 


■ IMAN adalah Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam dada seorang hamba Allah yang dibukakan mata hati bagi Mengenal-Nya dengan pandangan yang nyata benar.


■ Cahaya Ketuhanan ini adalah umpama "Pelita" atau "Lampu" yang bersinar di dalam HATI orang beriman.  


Firman Allah :


۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ‌ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ‌ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬‌ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬‌ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ‌ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ‌ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬ 


"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi.  Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar.  Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api.  Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

[An-Nuur (24) : Ayat 35]


Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu :

"Kalam Allah (   مَثَلُ نُورِهِ ) adalah Cahaya Allah di dalam hati orang beriman"

 [Tafsir Ibn Abbas]


Berkata Imam Jilani Radhialllahu anhu :

"Maksud Misykat adalah hati seorang Mu'min.  Maksud Al-Misbahu adalah bermaksud Rahsia tinggi yang terbit dari hati yang amat suci iaitu Ruh Sultoni.  Maksud Az-zujajatu  adalah mata-hati yang bersifat dengan gemerlapan kerana kekuatan cahaya yang luar biasa."

[Sirrul Asrar]


Cahaya Ketuhanan dikatakan sebagai "Petunjuk Allah" dan "Cahaya yang menerangi" ke dalam hati orang beriman.  Lebih tinggi lagi ianya bermaksud Sirriyah —  Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam ruh orang beriman.  Semua ini gambaran kedudukan seseorang yang beriman — berbeza-beza dan bertingkat-tingkat keimanannya dan kedudukannya di sisi Allah.


Keimanan sejati atau Tauhid yang hakiki hanya tercapai apabila seseorang mujahadah sungguh-sungguh pada Jalan Ma'rifat dengan pimpinan Guru yang benar-benar Arif. 


Orang yang abaikan Toriqat (Tasawwuf) tidak akan sama sekali mencapai Tauhid yang suci murni. Sebaliknya dia akan tetap berada tingkatan Iman orang awam yang sentiasa bergelumang dengan kesyirikan (syirik khafi), mazmumah dan kelalaian.


Bersambung siri 430 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=========================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...