Friday, August 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 430)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan...


Bahaya 3 :

Tak mampu mencapai Ikhlas

=====================


Orang yang abaikan Toriqat (Tasawwuf) tak mungkin mencapai hakikat ikhlas, kerana hatinya sentiasa diselubungi kesyirikan yang halus - syirik khafi (syirik tersembunyi).


Berikut penjelasan ringkas berkenaan Pengertian Ikhlas dan mengapa ikhlas terhalang ketika Toriqat (Tasawwuf) diabaikan:


■ Ikhlas merupakan syarat batin (hati) yang paling utama bagi  setiap ibadah.  


Firman Allah :


 وَمَآ أُمِرُواْ إِلاَّ لِيَعْبُدُواْ اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدّينَ  


“Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya,”

[Al-Bayyinah: 5]  


■ Ikhlas adalah pemisah di antara qabul dan tertolaknya amal.  Ini bermakna sekalian amal yang tiada ikhlas bersertanya, akan menjadi sia-sia dan tertolak...! 


Rasulullah ﷺ bersabda :

"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. 

[Imam Abu Daud, Imam An-Nasa'i]


■ Berdasarkan keterangan Ulama Arif Billah yang mengetahui rahsia-rahsia Ketuhanan dan kehambaan, ikhlas membawa makna yang sangat murni terhadap kehambaan insan dan hakikat Tauhid.


■ Ikhlas merupakan cabang utama Tauhid dan pintu masuk kepada Hadrat Ilahi.  Tanpa ikhlas seseorang hamba (insan) tidak akan menemui Tuhannya.  Bahkan tidak mungkin dia menjadi hamba Allah!  


■ Ahli Ma'rifat membahagikan ikhlas kepada 3 tingkatan :

1. Ikhlas orang awam  

2. Ikhlas orang abrar  

3. Ikhlas orang Arif  

 

■ Sebahagian yang lain membuat pembahagian lebih terperinci :


1. Ikhlas orang awam - 3 tingkatan  

2. Ikhlas salikin - 3 tingkatan  

3. Ikhlas Arifin - 1 tingkatan


Bersambung siri 431 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...