Friday, August 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 431)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....




■ Ringkasan berkenaan Tingkatan Ikhlas orang awam.


(1) Melakukan amal  ibadah dengan qasad (niat) semata- mata kerana Allah, tetapi pada masa yang sama mempunyai cita-cita di dalam hatinya kepada kesenangan syurga berupa bidadari, mahligai indah-indah dan segala macam makanan enak dan hiburan syurga.  


(2) Melakukan solat (dan juga ibadah lain) dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah dan TIDAK mempunyai cita-cita di dalam hatinya (tiada menuntut hatinya) kepada syurga dan segala kesenangannya. Tetapi hamba ini melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah. (disebut keakuan diri)


(3) Melakukan amal ibadah  dengan qasad (niat) semata-mata kerana Allah, TIDAK mempunyai cita-cita kepada kesenangan syurga, TIDAK melihat kemampuan dirinya melakukan amal ibadah, tetapi dia merasakan dirinya sudah ikhlas.  


■  3 tingkatan ikhlas tersebut adalah tingkatan orang awam, iaitu mereka yang tidak melalui jalan Ma'rifat Ketuhanan. .  


■ Pada sisi Fiqh, ketiga-tiga bentuk " ikhlas awam" ini adalah SAH, yakni sah amal ibadahnya dan terlepas daripada taklif syara' (kewajipan sebagai mukallaf).  Namun apabila direnungi pada sisi Tasawwuf / Ma'rifat, ketiga-tiga bentuk ikhlas ini masih belum bebas sepenuhnya daripada "mempersekutukan" Allah.  Ini kerana menuntut selain Wajah Allah di dalam ibadah adalah suatu bentuk "kesyirikan yang halus"  kepada Ketuhanan — _syirik khafi._


■ Orang awam yang hanya amalkan fiqh, akan mendapati mencapai ikhlas yang hakiki ini lantaran hatinya yang masih diselubungi berbagai penyakit hati.


■ Jika seorang tidak amalkan Toriqat (Tasawwuf), berusaha sungguh-sungguh sucikan hatinya dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, maka selama itulah ibadahnya akan bercampur aduk dengan kesyirikan (syirik khafi) sedang Syirik khafi ini ditakuti oleh Rasulullah ﷺ berlaku ke atas Ummat Baginda. 


Sabda Rasulullah ﷺ :

“Sesungguhnya yang paling aku takuti dari apa yang aku takuti atas ummatku ialah : riya’ dan nafsu syahwat tersembunyi, di mana ia lebih tersembunyi dari merangkaknya semut hitam di atas batu besar yang hitam pekat di malam yang gelap”

[Imam Ibnu Majah dan Imam Al- Haakim]


Bersabda Rasulullah ﷺ :

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan atas kamu sekalian adalah syirik kecil (syirik khafi), riya'.  Pada hari Qiamat, ketika memberi balasan manusia atas perbuatannya, Allah berfirman, "Pergilah kalian kepada orang-orang yang kalian tujukan amalanmu kepada mereka di dunia.  Lihatlah, apakah engkau dapati balasan di sisi mereka?" 

[Imam Ahmad]


Bersabda Rasulullah ﷺ :

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang (berbuat riya’) dengan amal mereka..”

[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]


Bersambung siri 432 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...