Saturday, August 17, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 432)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Bahaya 4 :

Tak khusyu' dalam solat

=====================


Berikut tingkatan orang Islam mendrikan solat :


(1)Solat Orang Awam : 

Jasadnya berdiri di bumi,  hati dan ruhnya juga di bumi, di dunia. 


(2) Solat Orang Salikin : 

Jasadnya berdiri di bumi, namun hati dan ruh nya berada di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga atau Keempat atau Keenam atau Ketujuh menurut pencapaian Ma'rifat ( Tauhid ) masing-masing.


(3) Solat Orang Arifin : 

Jasadnya berdiri di bumi, hati, ruh dan Sirriyah (rahsia paling dalamnya)  di atas Arasy,  di Hadratul Quddus. 



 Penjelasan Ringkas :

================


(1) Solat orang awam

Orang awam adalah orang yang hanya berpegang kepada Syari'at (Fiqh) semata-mata dan tidak mengamalkan Toriqat (Tasawwuf).


Mereka hanya amalkan segala bentuk amalan zahir (fiqh) tetapi  tidak amalkan Zikir dan mujahadah menurut disiplin Ma'rifat seperti yang diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ .   


Dengan demikian hati mereka kekosongan dari Mengingat Allah,  melainkan amat sedikit atau tiada langsung.    


Orang awam ini  TIDAK mencapai Tasawwuf (baca : kesucian hati)  yang membolehkan hati mereka khusyu'.  Akibatnya sewaktu solat, hati mereka menerawang ke muka bumi,  hati mereka  di pasaraya, hati mereka  di sekolah, hati mereka masyghul uruskan kerja pejabat, bergaduh sana sini dan segala macam gambaran hidup yang telah di lalui dalam kehidupan. Bahkan sejarah hidup puluhan tahun yang lampau pun menjadi mainan dan wayang pemikirannya.


Walaupun mulut membaca Takbir membesarkan Allah, walaupun mulut membaca Tasbih,  walaupun mulut membaca Tahmid,  namun HATI mereka tiada bersertanya.  Hati mereka leka menghadap dunia.  HATI mereka lalai dan sibuk dengan segala hiruk-pikuk dunia.   


Ringkasnya ketika solat, mereka tidak Menghadap Allah sebaliknya manghadap makhluq dan dunia. Inilah hal keadaan kebanyakan orang awam mengerjakan Solat...!  


Apabila disebut orang awam, ianya TIDAK kepada orang jahil atau orang yang sedikit ilmu sahaja  bahkan juga termasuk di dalam istilah orang awam adalah  mereka yang banyak ilmu Agama (ilmu fiqh semata-mata), ustaz, kiyai, muallim yang hanya memiliki ilmu fiqh semata-mata sedangkan jiwa mereka kosong, jiwa mereka tiada hakikat Tasawwuf (baca kesucian hati) .... sampailah  Profesor dan PhD atau bergelar Ulama alim fiqh sekalipun tetap juga tiada khusyu' di dalam solatnya....! 


Mengapakah ustaz, muallim, kiyai, Profesor juga tidak dapat khusyu' dan benar-benar ikhlas dalam Solat ?


Jawapannya : 

Ini terjadi kerana mereka hanya berpegang kepada ilmu dan amal zahir (fiqh) semata-mata, sementara ilmu dan amal yang berkaitan dengan batin hati — iaitu Toriqat Rasulullah ﷺ  yang sahih diabaikan.  Maka tiadalah mereka memperoleh Tasawwuf di dalam diri (baca : kesucian hati) yang membolehkan mereka khusyu’ dan sebenar-benar ikhlas di dalam solatnya.


Bersambung siri 433 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...