Saturday, August 17, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 433)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



(2) Solat orang Salikin 

Salikin adalah orang yang menempuh Jalan Ma'rifat, yang amalkan kedua-dua Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ yang sahih,  dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang Muhaqqiq ).


Solat Ahli Salikin yang mencapai Tauhid yang hakiki dan  mencapai Tasawwuf (kesucian hati), hasil dari mujahadahnya serta Anugerah Allah kepadanya, adalah jauh berbeza dengan Solat orang Awam. 


Ketika mereka mengangkat Takbiratul Ihram, hati dan ruh mereka sedang Mi'raj kepada Allah Ta'ala.  Walaupun kaki dan jasad mereka berdiri atas muka bumi, hati dan ruh mereka sedang menghadap Allah.  Walaupun mereka menjejak kaki di bumi, hati dan ruh mereka berdiri di Langit Pertama atau Kedua atau Ketiga, Keempat, Kelima, Keenam atau Ketujuh Menghadap Allah.  


Ketika mulut mereka membaca Tahmid, hati mereka turut memuji Allah.

Ketika mulut mereka membaca Takbir, hati mereka melihat Kebesaran Allah.

Ketika ruku' dan sujud, hati mereka turut ruku' dan sujud.


Bahkan seluruh pergerakan dan lafaz di dalam solat diikuti dengan hati mereka menghadap Allah.  BUKAN menghadap makhluk dan BUKAN dunia.   


Bukankah darjat ini jauh bezanya dengan Solat orang Awam tadi bagaikan langit dan bumi?


Jika ada yang bertanya :  Adakah mungkin mencapai Darjat Solat seperti ini?


Jawapannya benar, bahkan itulah Solat yang dituntut dan DIWAJIBKAN atas setiap orang beriman.  Sebagaiman isyarat Nya :


Firman Allah :


قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) 


"Sesungguhnya mencapai kemenangan (kejayaan, selamat) orang Mu'min, iaitu mereka yang khusyu' di dalam Solatnya."

[Al-Mu'minun (23) : Ayat 1-2]


In shaa Allah, atas Anugerah Allah kepada hamba Allah yang sungguh-sungguh mujahadah pada Jalan-Nya, dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq (pewaris Nabi yang muhaqqiq) sekalian keindahan Solat akan terbuka baginya. 


Apabila HATI telah benar-benar suci dari sekalian syirik khafi, mazmumah, ghaflah dan lain-lain kekejian hati, maka ketika itu akan terbuka baginya rahsia ikhlas dan khusyu' di dalam solatnya.  Solat nya ketika itu terasa ringan, tiada kepayahan, tiada rasa terpaksa, bahkan seluruh solatnya didalam kedamaian dan ketetangan hati —  khusyu' dan ikhlas yang sempurna.


Bersambung siri 434 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...