Saturday, August 17, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 434)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....




(3) Solat Arifin (Arif Billah)

Orang Arifin atau Arif Billah adalah hamba-hamba Allah yang telah sampai ke Maqam Tauhid yang sempurna.  


Salikin yang telah menempuh perjalanan yang panjang (lama), mujahadah melawan nafsu kejahatan di dalam dirinya pada jangka waktu yang lama, dengan   bimbingan dan asuhan Mursyid yang Siddiq (Pewaris Nabi yang muhaqqiq), atas Anugerah Rabbul Jalil Yang Maha Agung, akan memperoleh Ma'rifat yang sempurna Mengenal Allah. (Maqam Tauhid yang sempurna) iaitu darjat Arif Billah. 


Ketika Solat (bahkan bila-bila masa sekalipun) hati, ruh dan Sirrnya (rahsia paling dalam) sentiasa muwajihah (menghadap) Allah.  Walaupun jasadnya di bumi, sekalian perasaannya menghadap Allah.  Walapun kakinya berdiri atas muka bumi, hati, ruh dan Sirrnya  sedang berada di Hadratul Quddus di atas Arasy.  Solat mereka sempurna menyaksikan Wajah Allah Yang Laisa Kamithlihi Syai'un. 


Ini sebagaiman isyarat Allah di dalam Kitab yang mulia :


 Rasulullah ﷺ bersabda :


أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ


"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]


Inilah Solat Rasul, Nabi dan sekalian Arif Billah dari kalangan Ummat Muhammad Rasulullah ﷺ .   Jika ada yang bertanya mampu kah setiap Muslim yang beriman mencapai darjat termulia ini?


Jawapannya : 

Setiap Muslim lelaki dan wanita mempunyai keluasan yang sama untuk mencapai Maqam Ihsan ini.  Allah Ta'ala telah menyediakan di dalam diri setiap manusia akan benih-benih Tauhid yang akan tumbuh membesar dan berbuah indah yang di-Redhai Allah apabila dihidupkan dengan Zikrullah, disirami dengan Cahaya Ketuhanan...mengikut panduan, syarat dan peraturan yang telah ditunjuk oleh Rasulullah ﷺ.


Hamba-hamba Allah yang abaikan Toriqat tak mungkin memperoleh khusyu’ di dalam solat, maka sentiasalah mereka di dalam keadaan dosa akibat lalai di dalam solatnya.


Bersambung siri 435 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...