Saturday, August 17, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 435)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

=========================



Definisi-Definisi Penting

==================


Definisi Mursyid

=============


Definisi Menurut Bahasa :


Perkataan Mursyid berasal dari bahasa Arab   مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian “memimpin”, “membimbing”, “menunjukki jalan benar, menunjukki jalan lurus, memimpin kepada jalan yang di-Redhai Allah”.


Definisi Menurut Istilah :


Menurut Istilah Syara',  Mursyid  adalah sebenar-benar Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi ﷺ), yang di-Pilih Khusus oleh Allah Ta’ala bagi mewarisi keseluruhan Agama dari Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ,  meliputi  zahir dan batin Baginda menerusi satu rantaian perpindahan Ilmu yang dipanggil Silsilah Rasulullah ﷺ  dan di-Teguhkan kedudukan mereka dengan berbagai Kurnia Allah Ta’ala yang istimewa sehingga mereka mampu menunaikan Amanah Allah atas muka bumi sebagai Khalifah Allah dan Pewaris Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.  



Penjelasan :

==========


(1) Ulama Mu’tabar, Imam-Imam Ahlus Sunnah bertaraf Auliya Allah telah sepakat bahawa mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar), adalah fardhu ‘Ain atas setiap Muslim bagi keselamatan Agamanya dan bagi mencapai Keimanan Sejati, serta menjauhi jalan-jalan kesesatan.  


(2) Tanpa pimpinan Mursyid yang Siddiq, seseorang Muslim tidak akan mampu mencapai Keimanan Sejati, bahkan lebih bahaya lagi mereka akan terjerumus kepada kesyirikan (syirik khafi), kekejian, kesesatan, kefasikan dan kekufuran.  Wal Iyazubillah. 


(3) Istilah "Mursyid" diperkenalkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah bagi membezakan di antara Pewaris Nabi yang Sebenar dengan orang-orang yang salah gunakan istilah "Ulama" bagi kepentingan nafsu dan dunia mereka.  Mereka adalah "Ulama as-su (ulama jahat),  "Ulama nafsu", "Ulama dunia", "Ulama politik" yang mengeluarkan fatwa yang sesat dan menyesatkan.  Mereka serupa dengan pendeta-pendeta Yahudi yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah, memesongkan Al-Qur'an demi kepentingan nafsu dan kehendak Pemerintah-pemerintah fasiq.


(4) Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq, yang benar-benar berdiri pada Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Rasul ﷺ membentuk pola hidup, prinsip dan sistem tersendiri berdasarkan Al-Qur’an, Sunnah dan Ijma’ Qias Ulama.  Mereka telah memperkenalkan istilah-istilah tersendiri agar terbeza dengan golongan-golongan yang telah menyimpang dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.   Mereka memperkenalkan istilah “Mursyid”, “Ahli Sufi”, “Ahli Ma’rifat”, “Ulama Billah”  untuk merujuk kepada Ulama Pewaris Nabi yang benar-benar menepati pendirian Ahlus Sunnah.


Bersambung siri 436 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...