Saturday, August 17, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 436)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....



(5) Telah dimaklumi, setelah kewafatan Junjungan Rasulullah ﷺ, orang-orang Islam mula berpecah-belah daripada Jalan sebenar Rasulullah ﷺ.  Satu-satunya golongan yang berdiri teguh dengan Manhaj Al-Qur’an dan Sunnah Nabi ﷺ hanyalah satu Golongan iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah.


(6) Ditegaskan lagi : Satu-satunya golongan yang tetap berpegang kepada Al-Qur’an dan Sunnah Baginda dan tidak pernah berpisah dari Jalan Utama Wahyu hanyalah satu golongan, iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipelopori oleh para Sahabat Ridhwanullah yang memperoleh Petunjuk Allah, khususnya Khulafa Ar-Rasyidin, Sayyidina Abu Bakar, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman dan Sayyidina Ali Ridhwanullah Alayhi Ajma’in.  Merekalah Penunjuk Jalan Lurus dan Jalan Kebenaran. Merekalah Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang pertama bagi Ummat ini. 


(7) Mereka ( Khulfa Ar-Rasyidin) diberi gelaran “Ar-Rasyidin”  (Mursyid-Mursyid) kerana merekalah yang menunjukki jalan lurus, jalan sebenar Kembali kepada Allah.  Daripada merekalah mengalir ilmu Agama yang suci murni, zahir dan batin, turun-temurun daripada satu Generasi Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq kepada Mursyid Pewaris Nabi berikutnya sehingga Qiamat.  


(8) Golongan yang berpecah-belah dari Jalan Kebenaran (Jalan Ahlus Sunnah) ini kemudian membentuk jamaah-jamaah tersendiri.  Mereka mewujudkan kelompok-kelompok yang bertentangan dengan Ahlus Sunnah.  Di antaranya Syi’ah (rafidhi), Khawarij (wahhabiyyah sekarang), Mu’tazilah, Jabariyyah, Mujassimah, Musyabbihah dan lain-lain berjumlah 72 golongan.


Bersambung siri 437 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...