Saturday, August 17, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 437)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-56:

Tidak berpegang kepada

Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq

....... sambungan.....



(9) Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu, menjelaskan 72 Golongan yang terkeluar dari Aqidah dan pegangan Ahlus Sunnah yang benar (tulen).  Golongan yang terkeluar dari Ahlus Sunnah Wal Jamaah ini pada umumnya hanya berpegang kepada Syari’at tetapi ingkar kepada Toriqat Rasulullah ﷺ.  Ertinya mereka mengambil sebahagian Ajaran Islam dan ingkar akan sebahagian lainnya.  Wal Iyazubillah.


(10) Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu anhu, menjelaskan lagi 11 kelompok orang Islam yang sesat di dalam keruhanian, iaitu sufi PALSU.  Golongan ini mengakui Toriqat Nabi dan Ilmu Tasawwuf, tetapi mereka telah menyelewengkannya kepada kebatilan dan kesesatan. Wal Iyazubillah.


(11) Pada zaman-zaman kemudiannya muncul lagi berbagai fahaman sesat di kalangan Ummat Islam, di antaranya yang dapat disaksikan pada zaman ini; fahaman Wahhabiyyah (Khawarij), Syi’ah (rafidhi), Liberal, Sekular, Demokrasi, Sosialis, Kapitalis, Komunis dan lainnya. 


Di sisi keruhanian muncul pula golongan Batiniah, Haqiqat Palsu, Reiki, Budi Suci, Asmaul Husna Tarik Rezeki, Tapak Tangan Ajaib, golongan “Pengkaji Toriqat” yang sibuk mengkaji tanpa amal, “Pencari Karomah” yang berbangga-bangga dengan berbagai keajaiban, bahkan banyak lagi golongan serpihan-serpihan yang masing-masing mencipta pendapat sendiri mengikut nafsu dan pendapat aqal mereka serta bisikan syaitan.

 

(12) Ringkasnya, ditegaskan : 

Setelah kewafatan Rasulullah ﷺ, Ummat Islam berpecah-belah dari Jalan Rasululullah ﷺ yang sebenar, satu-satunya golongan benar yang tetap berpendirian teguh pada Jalan Allah dan Rasul hanyalah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah yang dipimpin oleh Pewaris Nabi yang sebenar yang dinamakan “Mursyid”.  Istilah Mursyid diambil sempena gelaran kepada Sahabat Empat ….“Khulafa’ Ar-Rasyidin”.  Iaitu  مُرْشِد - رَشَدَ - يَرْشُدُ (rashada – yarshudu - Mursyid) yang membawa pengertian: “memimpin”, “membimbing”, dan “menunjukki jalan lurus, menunjukki jalan kebenaran dan kesucian".


Ertinya Ahlus Sunnah Wal Jama’ah tidak pernah berpisah dari Manhaj Utama yang diwariskan oleh Rasulullah  ﷺ kerana mereka sentiasa di dalam Pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang sebenar, sedangkan golongan lain adalah golongan serpihan yang faraq (memisahkan diri) dari Jalan Utama Warisan Rasulullah ﷺ (Ahlus Sunnah Wal Jama’ah), lalu mencipta jalan-jalan sendiri yang batil dan sesat.  


(13) Dengan Penjelasan tambahan ini kita dapat memahami… Faktor utama penyimpangan orang-orang Islam dari Jalan Ahlus Sunnah Wal Jama’ah, (Warisan Rasulullah ﷺ yang sebenar) dan jatuh kepada firqah, ideologi dan doktrin-doktrin sesat adalah kerana TIDAK berpegang kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang benar-benar mewarisi Nabi zahir dan batin serta menepati syarat-syarat sebagai Pewaris Nabi yang Siddiq.


Bersambung siri 438 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...