Friday, August 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 427)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

.....Sambungan....




Sebab ke-3 :

Tidak mengenal Ahlus Sunnah yang benar

Pendirian Ahlus Sunnah jelas : bahawa setiap Muslim wajib amalkan Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf) tanpa kecuali.  Seluruh angkatan Masyaikh Ahlus Sunnah yang Mu'tabar yang terkenal keikhlasan dan kejujuran mereka telah menegaskan hal ini. 


Sebab ke-4 :

Propaganda musuh Islam

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi, Nasara dan sekutu mereka yang berusaha siang malam untuk memesongkan Ummat dari jalan yang benar.  Mereka melakukan berbagai propaganda halus sehingga ramai yang terpesong dari Ahlus Sunnah wal Jamaah yang benar. 


Yahudi dan Nasrani menyedari bahawa Islam takkan dapat ditumpaskan dengan perang. Orang Islam tak dapat dikalahkan dengan agenda kekerasan.  Tetapi untuk melemahkan Islam dan Ummat Islam adalah lumpuhkan unsur-unsur keruhanian, kekuatan hati, kekuatan jiwa, kekuatan keyakinan dan Keimanan.  Dan mereka sudah mengetahui jalannya adalah jauhkan Toriqat (Tasawwuf) yang menjadi nadi kekuatan Ummat.


Sejak itu mereka melakukan berbagai propaganda memburukkan nama Toriqat (Tasawwuf).  Dan cara paling berkesan untuk melakukan propaganda ini adalah dengan "mempergunakan" orang Islam sendiri.  Lebih tepat adalah pemimpin-pemimpin yang bernama Islam, penguasa-penguasa Islam, selebriti yang mempunyai pengaruh di kalangan masyarakat Islam, cerdik pandai Universiti dan orang-orang bergelar Ulama.  Mereka telah berjaya di dalam misi jahat mereka — mempergunakan orang Islam sendiri untuk musnahkan Islam.


Sebab ke-5 :

Propaganda firqah-firqah sesat

Hal ini mesti disebutkan supaya Ummat Islam, sedar dan membuka mata seluas-luasnya bahawa "musuh mereka ada di dalam selimut mereka"

Khawarij (wahhabiyyah), Syi'ah (rafidhi), Sekular (liberal), dan firqah-firqah sesat yang lain menimbulkan kekeliruan di kalangan Ummat Islam. Kebanyakan mereka pada zaman ini terdiri dari cerdik pandai Agama berkelulusan Universiti.  Mereka ini bukanlah bertaraf Ulama, jauh sekali untuk mengatakan mereka ini sebagai Mujtahid tetapi mereka ini berlagak bagaikan Mujtahid, menghukum "ini haram", "Ini bid'ah sesat", "ini khurafat" berdasarkan aqal dan pemikiran sendiri.  Siang malam mereka melakukan berbagai dakyah jahat melalui media elektronik — You Tube, Facebook dan lainnya.


Sebab ke-6 :

Bisikan Nafsu dan Syaitan

Dua musuh di dalam manusia, Nafsu jahat dan Iblis sentiasa menunggu peluang menarik kepada penyelewengan dan kesesatan.


Bersambung siri 428 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...