Friday, August 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 426)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....



Persoalan:

Mengapa orang Islam abaikan Toriqat (Tasawwuf)

=====================================


Persoalan ini seringkali dibangkitkan oleh kebanyakan orang Islam di mana-mana perjumpaan, kursus, seminar :


■ Mengapakah orang Islam abaikan Toriqat (Tasawwuf) sedangkan ia bersumber dari Wahyu?

■ Mengapakah ramai orang Islam tidak tahu apa-apa berkenaan Toriqat (Tasawwuf)?

■ Mengapakah ustaz, kiyai, profesor juga tidak tahu Toriqat (Tasawwuf) wajib diamalkan di samping Syari'at (fiqh)?

■ Mengapakah orang Islam sendiri mencemuh, mengejek, menghina Toriqat (Tasawwuf)?

■ JIka benar sebagaimana dibentangkan, tidakkah orang-orang bergelar Ulama, mufti, pemimpin Islam yang ingkar kepada Toriqat (Tasawwuf) ini takut akan balasannya? 


JAWAPAN :

Sesungguhnya jawapan kepada kemusykilan ini amat panjang — tidak memadai dengan hanya menyebut beberapa perkataan. Namun secara ringkas kita boleh menyebutkan beberapa hal pokok yang menjadi asbab kepincangan Ummat Islam.


Sebab Pertama :

Tidak menuntut Ilmu dari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (sebenar).

Inilah punca utama dan terbesar. Ummat Islam pada zaman ini, bahkan beberapa abad sebelum ini juga tidak mempelajari Agama (Ahlus Sunnah) dari sumbernya yang suci murni, iaitu dari Mursyid Pewaris Nabi yang benar.  Bahkan mereka tidak berusaha mencari mereka dan berguru kepada mereka sedangkan Ulama Ahlus Sunnah telah sepakat bahawa mencari dan berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) adalah *fardhu Ain*.


Akibatnya fahaman mereka bercampur aduk antara kebenaran dan kebatilan.  Bahkan berdasarkan pengalaman kami mendidik Ummat, hal-hal yang sangat asas seperti solat pun mereka berciciran — tidak mengetahui rukun dan syarat-syaratnya dengan benar.


Sebab ke-2 :

Kesibukan dunia

Barangkali inilah istilah yang paling sesuai untuk menggambarkan keadaan kebanyakan orang Islam pada zaman ini, iaitu mereka gagal mengetahui darihal Agama mereka sendiri.  Mereka telah disibukkan dengan dunia, mengejar kebendaan dan kesenangan sementara sehingga lupa kepada kewajipan sebenar mereka dihadirkan ke muka bumi. Akibatnya mereka tidak mempunyai kesempatan menuntut Ilmu yang wajib mereka pelajari sebagai persiapan diri untuk menghadap Allah Ta'ala, Raja segala Raja.


Bersambung siri 427 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...