Friday, August 16, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 425)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-55:

Abaikan Toriqat (Tasawwuf)

..... Sambungan....




Prinsip Kedua:Mempunyai Manhaj Tarbiyyah yang tersusun lengkap

Setiap Toriqat yang Mu'tabara mempunyai Manhaj Tarbiyyah ( silibus pendidikan) dan Sistem Tarbiyyah (peraturan, syarat, adab dan kaifiyyat) bagi mengasuh, mendidik, membimbing manusia kepada Allah.  Manhaj Tarbiyyah ( silibus pendidikan) yang utama adalah :


1. Banyakkan Zikrullah (sendirian)

2. Banyakkan Taubat — Solat Taubat, istighfar, mandi taubat

3. Tawajjuh (Zikir berjemaah) 

4. Banyakkan Solawat atas Nabi

5. Bacaan dan tadabbur Al-Qur'an

6. Latihan memerangi nafsu jahat dan keji.

7. Suluk / khilwah



Prinsip Ketiga: Seluruh perjalanannya berdiri di atas  Al Qur'an, Sunnah dan Ijma' Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar.

Dasar-dasar pokok dan keseluruhan sistem pendidikan dan pimpinan Gurunya menepati Ahlus Sunnah wal Jamaah. 



Prinsip Keempat: Matlamatnya hanya Allah.

Matlamat Toriqat tiada lain hanya Allah, iaitu mencari Keredhaan Allah.  Hal ini terkandung di dalam cogan kata dan pegangan setiap orang yang mengikut Jalan Allah yang wajib jadi pegangan, i'tiqad dan amal kebaikannya....


"Ilahi anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi"

(Ya Allah Engkau lah maksud ku dan Keredhaan Engkau yang aku tuntut) 


 Hal ini menepati Hadith Rasulullah 


إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى


"Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung pada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan apa yang diniatkannya." 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]


WAJIB jauhkan sama sekali daripada niat-niat yang menyimpang seperti :


(1) Menunjuk-nunjuk 

(2) Mencari karomah hissiyyah seperti terbang, gerak cepat dan sebagainya. 

(3) Mencari kekuatan untuk bersilat, pertahanan diri dan sebagainya. 

(4) Berlumba-lumba menunjuk kehebatan diri

(5) Niat mencari hujjah berbahas teori-teori tasawwuf


Semua niat ini batil kerana menyimpang dari niat asal ubudiyyah.


Bersambung siri 426 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

======================

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI 

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 516) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...