■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 424)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-55:
Abaikan Toriqat (Tasawwuf)
.... Sambungan....
Prinsip Toriqat
Mu'tabar Ahlus Sunnah
==================
Setiap Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah mempunyai Prinsip, Peraturan, Syarat, Sistem tarbiyyah berserta adab-adabnya. Sekalian hal ehwal ini telah disusun dan ditetapkan oleh Masyaikh Ahlus Sunnah terdahulu (Mujtahid). Setiap jemaah yang datang kemudian wajib mematuhi sekalian peraturan dan syarat dan Prinsip-prinsipnya.
Mana-mana Toriqat yang enggan mematuhinya, ertinya tidak memiliki prinsip pokok dan syarat utama sesebuah Toriqat Mu'tabar atau didapati melanggar adab-adab utama yang telah ditetapkan oleh sekalian Masyaikh, maka ia tidak termasuk Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah. Sebaliknya ia adalah Toriqat palsu yang dipimpin oleh Guru palsu.
Prinsip terpenting yang WAJIB ada pada sesebuah Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah adalah :
Prinsip Pertama: Pemimpinnya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)
Ini Prinsip terpenting dan syarat utama. Setiap Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah wajib dipimpin oleh seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar), iaitu hamba Pilihan Allah yang mewarisi Ilmu Nabi zahir dan batin, serta menepati ciri-ciri dan syarat-syarat sebagai Mursyid pewaris Nabi yang benar-benar layak.
Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq bukan pemimpin politik yang bercakaran satu sama lain dengan berbagai fitnah tuduhan jahat dan pembohongan untuk berkuasa.
Mereka bukan ketua-ketua masyarakat yang berebut-rebut jawatan dan pangkat.
Mereka bukan selebriti mencari nama dan kedudukan, mereka bukan Ulama palsu yang menjual Agama demi mencari dunia.
Sebaliknya mereka adalah Khalifah-khalifah Rasulullah ﷺ yang di-Pilih oleh Allah bagi menanggung Amanah yang besar sebagai Pewaris Nabi ﷺ.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid, Ahli Ma'rifat) adalah hamba Allah yang sejati yang di-Pilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaranNya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi ﷺ melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya :
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat nukilan kitab : Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Bersambung siri 425 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment