Saturday, August 24, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 486)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-58:

Mengusir Ahli Zikir

......sambungan.......



Dalil 2 : Firman Allah


وَلاَ تَطْرُدِ ٱلَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِٱلْغَدَاةِ وَٱلْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ مَا عَلَيْكَ مِنْ حِسَابِهِم مِّن شَيْءٍ وَمَا مِنْ حِسَابِكَ عَلَيْهِمْ مِّن شَيْءٍ فَتَطْرُدَهُمْ فَتَكُونَ مِنَ ٱلظَّالِمِينَ


"Dan janganlah engkau usir orang-orang yang menyeru Tuhan mereka (berzikir, beribadat dan doa) pagi dan petang, sedang mereka menghendaki Keredaan-Nya semata-mata.  Tiadalah engkau bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amal mereka, dan mereka juga tidak bertanggungjawab sesuatu pun mengenai hitungan amalmu. Maka (sekiranya) engkau usir mereka, nescaya menjadilah engkau dari orang-orang yang zalim."

[Al-An'am (6) : Ayat 52]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu :

Ketika turun ayat Allah:   Al-Kahfi : Ayat 27,28,29, bangunlah Nabi ﷺ untuk mencari mereka (iaitu mereka yang Allah Ta’ala Perintah supaya berserta dengan orang-orang menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang), hingga mendapati mereka di bahagian hujung Masjid hal keadaan mereka sedang berzikir kepada Allah, lalu Baginda bersabda, “Segala Puji bagi Allah yang belum mematikanku hingga Memerintahkan kepadaku agar bersabar dengan orang-orang dari Ummatku, Bersama-Mu di dalam kehidupan dan Bersama-Mu di dalam kematian.”


Menurut Imam Al-Hasan :  وَلَا تَعْدُ عَيْنٰكَ عَنْهُمْۚ  Jangan kedua matamu melampaui mereka (jangan abaikan mereka dan jangan meremehkan mereka) semata-mata kerana mencari keindahan dunia.  


Pendapat lain mengatakan :  Jangan mencela mereka (jangan menghina mereka disebabkan kemiskinan mereka atau kerana mereka hanya memakai pakaian lusuh).


Dari Adh-Dhahhaq, dari lbnu Abbas, Perintah Allah  “ وَلَا تُطِعْ مَنْ اَغْفَلْنَا قَلْبَهٗ عَنْ ذِكْرِنَا “ adalah larangan mengikuti permintaan Umayyah bin Khalaf Al-Jumahi.  Orang ini meminta kepada Nabi ﷺ agar Baginda jauhkan Sahabat Baginda yang miskin (Ahlus-Suffah) yang sentiasa Bersama Baginda agar tokoh-tokoh Quraisy dapat mendekat kepada Baginda.  Golongan kafir Quraisy ini adalah فُرُطًا , iaitu melampau batas, lalai, fasiq dan zalim. 

[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]


Bersambung siri 487 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...