■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 485)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke- 58:
Mengusir Ahli Zikir
......sambungan.......
Penjelasan Tambahan :
___________________
(1) Perintah ini sangat unik kerana Allah Ta’ala menurunkan Perintah kepada Rasulullah ﷺ berupa Peringatan dan Amaran keras sedangkan hakikatnya Perintah dan Amaran Allah ini tertuju kepada seluruh Ummat sampai Qiamat.
(2) Allah Ta’ala Memerintahkan agar Rasulullah ﷺ (dan Ummat Baginda) tetap duduk bersama dengan “Ahli Zikir” (iaitu mereka yang sentiasa berzikir mengingat Allah dan Ubudiyyah dengan hati yang suci bersih). Di dalam ayat ini yang dimaksudkan adalah para Sahabat Ahlus Suffah yang sangat miskin, dhaif, sangat lusuh pakaian mereka. Meskipun mereka dhaif dan miskin, hati mereka suci bersih menghadap Allah.
(3) Allah Melarang Rasulullah ﷺ berpaling dari mereka (Ahli Zikir). Meskipun ia merupakan teguran kepada Rasulullah ﷺ namun ianya merupakan peringatan dan amaran kepada Ummat Islam seluruhnya. Iaitu I’tibar kepada Ummat Islam agar jangan sekali-kali memandang rendah atau menghina “Ahli Zikir”. Dan jangan berpaling dari mereka semata-mata kerana mengharap perhiasan dunia.
(4) Maksud “Ahli Zikir” pada zaman kemudian daripada kewafatan Rasulullah ﷺ, sebagaimana kami jelaskan sebelum ini adalah sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, yang sentiasa menyeru kepada Allah pagi-pagi dan petang-petang dan sentiasa di dalam keadaan Ubudiyyah zahir batin. Tiada yang mampu melakukan semua ini melainkan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang di-Kurniakan oleh Allah keistimewaan di Sisi-Nya.
(5) Allah Ta’ala Melarang duduk berserta orang yang lalai dari Zikrullah. Sekali lagi peringatan ini adalah kepada Ummat Islam. Mereka dilarang duduk berserta dengan manusia yang lalai hatinya dari Zikrullah dan mereka yang disibukkan dengan mengejar pangkat, kedudukan dan dunia yang hina kerana mereka akan menarik kamu kepada kefasikan, kezaliman dan kesesatan.
Buktinya jelas menerusi ayat ini :
Ketika orang kafir Quraisy yang kaya-raya dan berpangkat menawarkan diri untuk membangunkan Islam dengan cara mendampingi Rasulullah ﷺ dan singkirkan Sahabat-sahabat Baginda yang miskin dan sangat dhaif dari sudut kebendaan…. Ketika itu juga Allah Ta’ala menurunkan Perintah-Nya supaya tetap Bersama “Ahli Zikir” iaitu para Sahabat Baginda – menunjukkan keunggulan dan kejayaan yang hakiki adalah Keimanan dan Ketaqwaan dan BUKAN harta, pangkat dan kedudukan.
Bersambung siri 486 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment