Friday, August 23, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 484)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-58:

Mengusir Ahli Zikir

......sambungan.......



Asbab An-Nuzul (Sebab turun ayat) :

_______________________________


Sebab turun Firman Allah ini disebutkan oleh Imam Qurtubi di bahagian lain Tafsirnya iaitu ketika tafsirkan Surah Al-An’am ayat 52.  Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu. (Beliau mengutip kata-kata Ibn Abbas dan lainnya) :


Orang-orang musyrik berkata kepada Nabi  ﷺ, "Kami tidak sudi duduk dengan orang-orang seperti mereka,  iaitu  Sayyidina Salman Al-Farisi, Shuhaib, Bilal dan Khabab Ridhwanullah Alaihi Ajmain duduk berserta dengan Baginda, maka mereka berkata :  “Usirlah mereka dari sisimu.”


Orang-orang musyrik itu menuntut Rasulullah ﷺ agar mencatat hal itu untuk mereka, sehingga Baginda pun berniat untuk melakukan hal itu.  Baginda kemudian memanggil Ali untuk mencatit.  Lalu orang-orang miskin tadi (Sahabat Ahlus Suffah) berdiri dan duduk di suatu sudut.  Allah kemudian menurunkan ayat ini.  Oleh kerana itu Sa’d memberi isyarat dengan perkataannya : "Maka muncullah di hati Rasulullah ﷺ apa yang Allah Kehendaki untuk muncul." 


Pada waktu itu, Nabi ﷺ condong untuk melakukan hal itu kerana mengharapkan keislaman orang-orang musyrik itu, juga keislaman kaum mereka.  Baginda berpendapat bahawa tindakan tersebut tidak sedikit pun akan menyisihkan para sahabat Baginda, dan juga tidak akan merendahkan darjat mereka, sehingga Baginda pun condong kepada hal itu.  Allah kemudian menurunkan ayat ini.  Dalam ayat ini, Allah melarang Baginda melakukan apa yang menjadi niat Baginda, iaitu hendak menyisihkan mereka, bukan  mengusir mereka. 


Muslim meriwayatkan dari Sa'd bin Abi Waqas dia berkata, "Kami ber-enam pernah bersama Rasulullah ﷺ, maka datang orang-orang musyrik kemudian berkata kepada Baginda : “Usirlah mereka dari sisimu, agar mereka tidak berani terhadap kami."  Sa'd bin Abi Waqas berkata:  "Saat itu aku bersama dengan Ibnu Mas'ud, seorang lelaki Hudzail, Bilal, dan dua orang (lainnya)  yang aku tidak dapat menyebutkan nama mereka.  Maka muncullah di dalam hati Baginda apa yang Allah Kehendaki untuk muncul, sehingga Baginda berbicara kepada jiwa Baginda.  Allah Azza Wa Jalla kemudian menurunkan ayat ini.”

[Tamat Nukilan Tafsir Qurtubi]


Bersambung siri 485 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...