Wednesday, August 21, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 476)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 57:

Lalai dari Zikrullah

(Lupa kepada Allah)

..... sambungan.....



Langkah-langkah Iblis menarik manusia kepada kekafiran atau kesesatan atau kefasikan


Iblis dan kuncu-kuncunya daripada jinn dan syaitan mempunyai berbagai cara dan pendekatan untuk menarik manusia kepada kekafiran, kesesatan atau kefasikan. 


Langkah 1 :

Membisikkan kekufuran kepada orang Islam, sehingga akhirnya orang itu menjadi KAFIR.  Jika orang itu sememangnya kafir, dia akan hiasi segala perbuatan orang itu sebagai baik, hebat dan cemerlang... maka kekal dia di dalam kekafiran kerana menyangka diri dia benar.


Langkah 2 :

Bisikkan ke dalam hati supaya mengikut jalan-jalan lain, jalan yang direka-reka aqal dan nafsu.  Akhirnya orang tersebut menjadi SESAT. 


Langkah 3 :

Bisikkan ke dalam hati supaya menjadi  riya', takkabur, 'ujub dan lain-lain syirik khafi  serta melakukan berbagai kekejian agar IMAN ROSAK dan IBADAH TERHAPUS.  


Langkah 4 :

Memasuki urat darah, jantung, salur pernafasan, otak, perut dan faraj (wanita), tulang belikat dan lain-lainnya lalu mengganggu seluruh perjalanan sistem biologi sehingga mendatangkan berbagai penyakit-penyakit yang pelik dan kronik.  Maka LUMPUHLAH segala ibadah.


Demikianlah langkah-langkah Iblis....licik dan tidak putus asa untuk menarik manusia kepada kelalaian, kefasikan, kesesatan dan kekafiran.  Ketika manusia lupa kepada Allah dan leka dengan dunia, Iblis dan kuncu-kuncunya bebas masuk keluar ke dalam hati manusia untuk menariknya kepada kebinasaan.


Bersambung siri 477 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 510) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...