■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 475)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 57:
Lalai dari Zikrullah
(Lupa kepada Allah)
..... sambungan.....
Akibat lupa kepada Allah, lalai dari mengingat Allah, tidak berzikir kepada Allah
Akibat ke-2 : Iblis menguasai orang yang lalai dan lupa kepada Allah lalu menariknya kepada kesesatan, kefasikan dan kekafiran
Apabila seseorang lupa dan lalai dari mengingat Allah, maka Iblis dan kuncu-kuncunya memasuki hatinya serta menariknya kepada kefasikan, kesesatan dan kekafiran. Selain itu Iblis dan kuncu-kuncunya masuk ke dalam tubuh manusia mengalir bersama aliran darahnya, mengalir bersama aliran udara dalam tubuhnya dan mendatangkan berbagai penyakit sehingga lumpuh segala ibadah.
Firman Allah :
قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ
"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) hukumkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "
[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu :
Iblis bersumpah di hadapan Allah bahawa dia akan menghalang manusia seluruhnya dari jalan Allah, iaitu dari Islam (Tidak beriman, menjadi kafir — pent.)
Tafsiran ayat ( ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ ) bermaksud : Untuk menyesatkan mereka dalam masalah Akhirat. Iblis akan membisikkan bahawa Syurga, Neraka, hari kebangkitan dan hari kebangkitan tidak wujud.
Tafsiran ayat ( وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ ) adalah : Iblis membisikkan lagi bahawa dunia tidak akan musnah ( tiada Qiamat). Iblis akan menyuruh manusia tamak, bakhil dan membuat kerosakan.
Tafsiran ayat ( وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ ) adalah : Iblis akan menyesatkan Agama mereka. Jika manusia sudah meniti petunjuk Allah, maka Iblis mendatangkan keraguan hingga mereka keluar dari Petunjuk Allah. Jika manusia yang sudah sememangnya sudah sesat dari Petunjuk, Iblis akan menghiasi kesesatan dengan berbagai macam hiasan sehingga mereka teguh di dalam kesesatan.
Tafsiran ayat ( وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ ) adalah : Iblis menjerat manusia dengan berbagai kelazatan dan hawa nafsu.
Tafsiran ayat ( وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ ) adalah : Kebanyakan manusia tidak beriman. (kafir, munafiq atau sesat dari Pertunjuk)
[Tamat Nukilan Tafsir Ibn Abbas]
Huraian Tambahan :
Dari ayat Qur'an dan tafsirnya oleh Ibnu Abbas, kita dapat memahami, Iblis tidak berdiam diri setelah menerima La'nat Allah. Iblis berdendam dengan Nabi Adam dan mencabar Allah Ta'ala bahawa dia akan sesatkan seluruh keturunannya.
Iblis menggunakan anak cucu keturunannya dan syaitan bangsa jinn dan syaitan bangsa manusia untuk menyesatkan manusia dengan berbagai jalan dan arah, iaitu dengan helah dan tipu daya yang amat licik dan halus sehingga manusia yang didatangi Iblis atau kuncu-kuncunya tidak mengetahui kehadirannya.
Bersambung siri 476 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment