Wednesday, August 21, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 477)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 57:

Lalai dari Zikrullah

(Lupa kepada Allah)

..... sambungan.....



Dalil-dalil berkenaan cara-cara Iblis dan kuncu-kuncunya menyerang manusia-manusia yang lalai


Sebahagian dalil menunjukkan langkah-langkah Iblis dan kuncu-kuncunya menyerang manusia ketika mereka lalai dari mengingat Allah (tidak berzikir mengingat Allah).


(1) Syaitan menyerang manusia dari segala arah, zahir dan batin


Firman Allah :

 

قَالَ فَبِمَآ أَغۡوَيۡتَنِى لَأَقۡعُدَنَّ لَهُمۡ صِرَٲطَكَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ ثُمَّ لَأَتِيَنَّهُم مِّنۢ بَيۡنِ أَيۡدِيہِمۡ وَمِنۡ خَلۡفِهِمۡ وَعَنۡ أَيۡمَـٰنِہِمۡ وَعَن شَمَآٮِٕلِهِمۡ‌ وَلَا تَجِدُ أَكۡثَرَهُمۡ شَـٰكِرِينَ


"Iblis berkata: Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalan-Mu yang lurus; Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur. "

[Al-A'raf (7) : Ayat 16-17]



(2) Syaitan memasuki dada manusia :


Firman Allah Ta'ala :


مِن شَرِّ ٱلۡوَسۡوَاسِ ٱلۡخَنَّاسِ (٤) ٱلَّذِى يُوَسۡوِسُ فِى صُدُورِ ٱلنَّاسِ (٥) مِنَ ٱلۡجِنَّةِ وَٱلنَّاسِ


Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang  bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. 

[An-Nas (114) : Ayat 5 dan 6]



(3) Syaitan merasuk tubuh manusia :


Firman Allah :


ٱلَّذِينَ يَأۡڪُلُونَ ٱلرِّبَوٰاْ لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ ٱلَّذِى يَتَخَبَّطُهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ مِنَ ٱلۡمَسِّ


"Orang-orang yang memakan riba' itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu."

[Al-Baqarah (2) : Ayat 275]



(4) Syaitan memasuki faraj wanita dan membawa berbagai penyakit kronik :


Rasulullah ﷺ bersabda :


لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا أَتَى أَهْلَهُ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا‏.‏ فَقُضِيَ بَيْنَهُمَا وَلَدٌ، لَمْ يَضُرَّه 


"Jika sorang dari kamu mendatangi ahlinya (mendatangi isterinya untuk jimak), maka bacalah :  اللَّهُمَّ جَنِّبْنَا الشَّيْطَانَ وَجَنِّبِ الشَّيْطَانَ مَا رَزَقْتَنَا

(Dengan Nama Allah.  Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan.  Dan jauhkanlah  syaitan dari barang yang Engkau Kurniakan rezeki kepada kami.)  Maka jika Allah Ta'ala Kurniakan bagi keduanya anak, nescaya tidak boleh dirosakkannya oleh syaitan buat selama-lamanya”."

[Imam Bukhari]



(5) Syaitan kencing ke dalam telinga, hidung, mulut dan segala laluan terbuka :


Rasulullah ﷺ bersabda :


ذَاكَ رَجُلٌ بَالَ الشَّيْطَانُ فِي أُذُنَيْهِ، أَوْ قَالَ: فِي أُذُنِهِ


“Lelaki itu (yang tertidur dan tak bangun untuk solat Subuh)  telah dikencing oleh syaitan di kedua telinganya.” Atau Baginda bersabda: “Di telinganya.” 

[Imam Bukhari, Imam Muslim]



(6) Syaitan masuk  mimpi :


Rasulullah ﷺ bersabda :



الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ مِنْ اللَّهِ وَالْحُلُمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا حَلَمَ أَحَدُكُمْ حُلُمًا يَخَافُهُ

فَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ وَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لاَ تَضُرُّهُ.


Mimpi yang baik adalah dari Allah manakala mimpi yang buruk adalah dari syaitan.  Maka apabila seseorang kalian mengalami mimpi buruk yang menakutkannya, hendaklah dia meludah ke arah kirinya dan minta perlindungan dari Allah dari keburukannya kerana setelah itu (mimpi tersebut) tidak akan mengakibatkan apa-apa kemudaratan.

[Imam Bukhari]



(7) Syaitan memasuki tubuh dan meresap ke dalam darah :


Rasulullah   ﷺ  bersabda :


إِنَّ الشَّيْطَانَ يَجْرِي مِنِ ابْنِ آدَمَ مَجْرَى الدَّمِ


“Sesungguhnya syaitan itu berjalan di dalam diri anak Adam melalui aliran darah.”

[Imam Muslim]


Bersambung siri 478 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 510) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...