Monday, August 26, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 488)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-58:

Mengusir Ahli Zikir

......sambungan.......



Punca orang Islam menghina Ahli Zikir

============================


Pada hari ini (bahkan sejak dahulu lagi bermula dari  kewafatan Rasulullah ﷺ) sebahagian orang Islam memusuhi dan menghina Ahli Zikir.  Golongan ini sering melemparkan tuduhan dan penghinaan kepada kelompok Ahli Zikir sebagai pemalas, lemah, jumud dan tidak berjuang.  Wal Iyazubillah.


Golongan penista dan pencaci ini menamakan diri mereka sebagai pejuang Islam.  Mereka melaung-laungkan jihad, undang-undang Islam, Negara Islam, Daulah Islamiyyah dan berbagai laungan yang sedap didengar.  Tetapi jika kamu perhatikan laungan-laungan mereka sejak dahulu sampai saat ini sama sahaja.  Mereka berlumba-lumba mencari pangkat, kedudukan dan "kerusi".  Mereka melakukan berbagai fitnah, melemparkan cacian dan makian, bahkan tak kurang melakukan pembohongan demi kuasa dan mencapai cita-cita politik mereka. 


Mengapakah terjadi demikian?

Mengapakah ahli politik yang melaung-laungkan jihad, Islam, Daulah Islam dan lain-lain terlibat di dalam pembohongan dan fitnah serta adu domba?

Mengapakah ahli politik ini mencaci dan menghina Ahli Zikir sedangkan Allah Ta'ala Memuji dan Muliakan mereka?

Mengapakah mereka begitu berani menentang Allah dan Rasul-Nya sedangkan mulut mereka selalu melaung-laungkan Islam?


Penjelasan 1 :

Sebagaimana kami kemukakan sebelum ini, bahawa punca utama terjadi kebanyakan kekufuran, kefasikan dan kekafiran atas muka bumi bermula dari kejahilan dan penutupnya ego, takabbur dan kesombongan. 


Penjelasan 2 :

Kebanyakan orang Islam pada zaman ini hanya mempelajari satu bahagian Agama — iaitu yang bersifat zahir sahaja — fiqh (syari'at zahir) sahaja sedangkan Tasawwuf, Ihsan (Toriqat) diabaikan.  Ini tidak terkecuali dari orang Islam yang terlibat di dalam politik melaung-laungkan Islam, perjuangan Islam, Negara Islam dan lain-lain.


Penjelasan 3 :

Kebanyakan orang Islam tidak menyedari banyaknya dosa terbit dari hati, bermula dari hati dan berakhir dengan hati.  Dosa-dosa hati terlebih banyak, tersembunyi dan tersebar luas kepada sekalian amal perbuatan zahir.  "Pejuang politik Islam" tidak menyedari hal ini sehingga melemparkan tuduhan jahat kepada orang beriman, khususnya di sini kepada Ahli Zikir. Pejuang politik Islam  ini menyangka diri mereka sudah bersih.  Mereka menipu diri sendiri.


Bersambung siri 489 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...