Monday, August 26, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 489)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-58:

Mengusir Ahli Zikir

......sambungan.......



Penjelasan 4 :

Orang-orang Islam jahil akan wujudnya Ahli Zikir yang Allah Taqdirkan di seluruh pelosok muka bumi untuk kebaikan dan keselamatan kemanusiaan seluruhnya sampai Qiamat. Mereka (Ahli Zikir) mengasingkan diri dari dunia yang rosak (ertinya menjauhi dunia dan manusia yang kufur, fasiq, ingkar) untuk menghadap Allah pada setiap ketika.  Mereka berzikir, beribadah dan berdoa kepada Allah siang malam terus-menerus demi kebaikan, keselamatan dan kemakmuran dunia, khususnya orang-orang beriman dan bertaqwa. 


Penjelasan 5 :

Orang Islam yang berjuang di dalam politik dunia pada masa ini untuk bangunkan Islam tidak mempelajari Agama seluruhnya zahir dan batin.  Dakwaan mereka bahawa mereka itu pejuang Islam yang syumul hanya wujud pada nama.  Zahirnya mereka kelihatan hebat kerana laungan-laungan yang menyedapkan telinga, sedangkan hakikatnya hati mereka dipenuhi lumpur dan najis kekufuran, syirik dan munafiq.  Wal Iyazubillah. Pejuang Islam yang taqwa tidak sesekali memusuhi Kekasih Allah. 


Penjelasan 6 :

Jika kamu perhalusi penjelasan kami ini, kamu akan sedar mereka (Ahli Zikir) yang dimaksudkan adalah sebahagian dari Auliya Allah yang di-Taqdirkan wujud atas seluruh pelosok muka bumi, timur dan barat.


Penjelasan 7 :

Ayat Qur'an dan Hadith-Hadith mulia yang kami bentangkan merupakan sebahagian dari dalil-dalil kewujudan mereka. Barangsiapa muliakan mereka, akan memperoleh kemuliaan dari Sisi Allah.  Sebaliknya barangsiapa hina mereka, pasti menerima Kemurkaan dan Penghinaan dunia akhirat.  Wal Iyazubillah.


Hadith Qudsi :


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ اللهَ تَعَالَى قَالَ : مَنْ عَادَى لِيْ وَلِيًّا فَقَدْ آذَنْتُهُ بِالْحَرْبِ، وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِيْ بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُهُ عَلَيْهِ، وَلاَ يَزَالُ عَبْدِيْ يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ، فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِيْ يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِيْ يُبْصِرُ بِهِ، وَيَدَهُ الَّتِيْ يَبْطِشُ بِهَا، وَرِجْلَهُ الَّتِيْ يَمْشِيْ بِهَا، وَلَئِنْ سَأَلَنِيْ لأُعْطِيَنَّهُ، وَلَئِنِ اسْتَعَاذَنِيْ لأُعِيْذَنَّهُ


Dari Abu Hurairah ra., beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ  bersabda : “Sesungguhya Allah Ta’ala berfirman :

"‘Barangsiapa yang memusuhi Wali-Ku maka Aku telah mengisytihar perang dengannya. Tidak ada taqarrubnya seorang hamba kepada-Ku yang lebih aku cintai kecuali dengan beribadah dengan apa yang telah Aku fardhukan kepadanya.  Dan hamba-Ku yang selalu mendekatkan diri kepada-Ku dengan nawafil (perkara-perkara sunnat) maka Aku akan mencintainya dan apabila Aku telah mencintainya maka Aku adalah pendengarannya yang dia gunakan untuk mendengar, penglihatannya yang dia gunakan untuk melihat, tangannya yang digunakannya untuk memukul dan kakinya yang digunakan untuk berjalan.  Jika dia meminta kepada-Ku niscaya akan Aku berikan dan jika dia minta perlindungan dari-Ku niscaya akan Aku lindungi.’ ” 

[Imam Bukhari]


Bersambung siri 490 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...