Wednesday, August 21, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 472)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 57:

Lalai dari Zikrullah

(Lupa kepada Allah)

..... sambungan.....



Akibat Lupa kepada Allah

Akibat lalai dari berzikir

===================


Menurut keterangan sekalian Ahli Ma'rifat (Pewaris Rasulullah  ﷺ yang benar) seseorang yang lupa, lalai, gelap hati dari mengingat Allah terdedah kepada 4 anasir perosak :

Pertama: Nafsu kejahatan 

Kedua: Syaitan 

Ketiga: Dunia (yang membinasakan)

Keempat: Makhluq (yang menarik kepada kejahatan)


Ertinya orang yang lupa dan lalai dari mengingat Allah akan hadapi akibat yang berat sekali daripada 4 macam anasir ini.  


Akibat Lupa kepada Allah — Pertama: Nafsu kejahatan menguasai hati

Ketika seseorang lupa kepada Allah, nafsu kejahatan akan bangkit menguasai hatinya. Menurut Ahli Ma'rifat, terdapat 7 macam nafsu yang menguasai manusia dan menyuruhnya melakukan berbagai kejahatan; bermula dari kekufuran, kesesatan, kefasikan dan kekejian.


Penjelasan ringkas pengertian nafsu (yang terbit dari gerak hayat dan nafas).  Dan bagaimana nafsu-nafsu pada asalnya (ketika tiada Zikir) mendorong kepada berbuat kejahatan dan menentang Allah.


Berkata Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu:

"Ya anakku, ada pun hakikat nafas ialah gerak ruhani yang menggerakkan ruh idhafi.  Gerak ini adalah daripada meliputi Hayatullahi Ta'ala kepada ruhani itu.  Jadi nafas itu tiada jisimnya. Sebab itu apabila tiada meliputi Hayatullahi Ta'ala itu jadilah seseorang itu mati, seperti api letrik yang ditutup aliran letrik daripada ibusawatnya.  Ya anakku, dapat mengetahui ilmu ini hanya semata-mata dengan muraqabah dan Zikrullah (menurut disiplin jalan Ma'rifat), bukan dengan fikir aqal (tiada dapat dengan pelajaran universiti)"

[Risalah Naqsyabandiah, Risalah Ma'rifat Jilid 3]


Berkata Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :

"Ya anakku, nafsu itu ialah gerak-gerak nafas.  Haqiqatnya adalah satu jisim yang sangat halus yang menerima gerak dari ruhani. Jumlah nafsu adalah semuanya 7 macam.

[Risalah Naqsyabandiah, Risalah Ma'rifat Jilid 3]


Keterangan Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu :

Menurut keterangan daripada Al-Qutub Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi Radhiallahu anhu, kejahatan-kejahatan yang ditimbulkan oleh 7 macam nafsu adalah seperti berikut:


Bersambung siri 473 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...