Wednesday, August 21, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 471)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 57:

Lalai dari Zikrullah 

(Lupa kepada Allah)

..... sambungan.....



Penjelasan 2:  Empat macam hati

Setelah ruh insan diturunkan ke muka bumi, keadaan hati manusia berubah (akibat hijab yang menutupi).  Sebahagian mereka memiliki hati yang sangat cemerlang dan di dalam keredhaan Allah.  Sebahagian lain merosakkan hati mereka dengan berbagai dosa.  Sebahagian lain binasakan hati mereka dengan kekufuran dan kesesatan.


Rasulullah ﷺ  bersabda :

"Hati itu ada empat macam: Pertama, qalbun ajrad  (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar.  Kedua, qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya.  Ketiga, qalbun mankuus  (hati yang terbalik). Keempat, qalbun musfah (hati yang terlapis).  Adapun qalbun ajrad adalah hati seorang Mukmin, pelita dalam hatinya adalah cahaya, qalbun aghlaf adalah hati orang kafir, qalbun mankuus adalah hati orang munafiq, yang mengetahui kemudian mengingkari.  Qalbun musfah adalah hati yang di dalamnya bercampur iman dan nifaq, iman yang ada di dalamnya seperti tanaman yang disirami air yang segar dan nifaq yang ada di dalamnya seperti bisul yang disirami darah dan nanah, mana dari dua unsur di atas yang lebih kuat, maka itulah yang akan menguasai hatinya.”

[Imam Ahmad]


(1) Qalbun Ajrad - Hati yang suci murni

Qalbun ajrad (hati yang murni tak bernoda) di dalamnya seperti ada pelita yang bersinar.

HATI jenis ini adalah hati yang di miliki oleh Rasul, Nabi, Auliya Allah, Warisatul Anbiya yang Siddiq, dan Mukmin sejati,  Pelita yang bersinar itu adalah bermaksud cahaya Iman, cahaya Tauhid, cahaya Ma'rifat yang gilang gemilang di dalan hatinya.


(2) Qalbun Aghlaf - hati yang tertutup 

Qalbun aghlaf (hati yang tertutup) yang terikat tutupnya. 

HATI jenis ini telah keras dan MATI, tak dapat masuk hidayah ke dalamnya dan kekufuran tak dapat keluar darinya.  Orang seperti ini tiada jalan keluar lagi, HATI jenis ini dimiliki oleh tiga jenis manusia :


(i) Orang kafir asli yang dikunci MATI hatinya disebabkan keingkaran yang melampau. 


(ii) Orang Islam yang fasiq yang terus-menerus melakukan keingkaran, kezaliman dan kekufuran tanpa taubat sehingga HATI nya menjadi gelap gelita, keras dan akhirnya MATI. 


(iii) Orang Islam yang tersesat ke dalam kelompok-kelompok bid'ah sesat (berjumlah 72 golongan sesat) seperti Syi'ah (rafidhi),  Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular atau Liberal dan lain-lain dan tidak segera taubat, sebaliknya terus-menerus di dalam kesesatan sehingga HATI nya keras dan MATI.  Na'uzubillah


Firman Allah :


خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَـرِهِمْ غِشَـوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عظِيمٌ


(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mengunci mati  atas hati mereka serta pendengaran mereka dan pada penglihatan mereka ada penutupnya dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar. 

[Al-Baqarah (2) : Ayat 7]


(3) Qallbun Mankuus -  Hati yang terbalik

Ini adalah HATI orang munafiq, iaitu mereka yang mempunyai pengetahuan tentang Islam tetapi disebaliknya adalah kekafiran,   tujuan sebenar mereka adalah kekafiran.  Mereka olok-olokkan orang beriman.  Mereka mempermain-mainkan Allah.   Nasib orang munafiq sama seperti orang yang kafir. 


(4) Qalbun Musfah - hati yang terlapis

HATI bangsa ini adalah yang dimiliki oleh kebanyakan orang Islam awam yang sentiasa bercampur aduk antara Iman dan Syirik (atau nifaq seperti yang disebut oleh Rasulullah ﷺ ).   Walau bagaimanapun syirik dan nifaq ini adalah syirik khafi dan nifaq amali  yang TIDAK batalkan Iman.  Tetapi Imannya akan rosak jika dibiarkan tanpa berusaha sungguh-sungguh baikinya.


Bersambung siri 472 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...