Wednesday, August 21, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 473)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar 57:

Lalai dari Zikrullah

(Lupa kepada Allah)

..... sambungan.....




1. Nafsu Ammarah :


Penjelasan ringkas :


■ Nafsu Ammarah adalah Ibu segala nafsu-nafsu kejahatan seperti Firman Allah  ۚ 

إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ


■ Pancarannya hitam


■ Tempatnya di kepala Sanubari seperti bulu yang sangat halus


■ Bulu-bulu yang sangat halus ini yang dicabut oleh Malaikat Jibril Alaihis-salam, ketika dibelah dada Baginda pada malam Isra Mi'raj


■ Nafsu ammarah, kerjanya adalah sentiasa menyeru kepada kejahatan dan juga menggerakkan kejahatan pada nafsu-nafsu yang lain ( 6 nafsu lain akan mengikut seruan nafsu Ammarah)


■ Nafsu Ammarah menghijabkan (menghalang) Cahaya Ruhani memancar kepada Nurani (jisim halus pada otak) yang menerbitkan "aqal", "Ilmu", "Iman", "Tauhid", "yaqin", "haqiqat" dan "Ma'rifat"


■ Ringkasnya Nafsu Ammarah wajib ditundukkan, dikalahkan kerana ia adalah ibu kepada segala nafsu kejahatan.

Jika tidak ditundukkan,  seseorang akan kekal di dalam kejahatan, kekufuran dan kekejian.


■ Nafsu Ammarah akan kalah dan tunduk dan diam apabila seseorang berzikir sebanyak 5 ribu Zikir Allah Allah pada hati Sanubari.  Inilah menurut Disiplin Toriqat Naqsyabandiah. 


■ Menurut Disiplin Jalan Ma'rifat khususnya Displin Naqsyabandiah, qalb (hati sanubari) wajib dilatih mengerjakan Zikrullah setiap hari sehingga akhirnya Nafsu Ammarah benar-benar tewas sepenuhnya dan tunduk terus.  Semua ini makan masa yang panjang, mungkin puluhan tahun atau mujahadah sampai mati.  Inilah sebabnya Baginda Rasul menyebut bahwa mujahadah melawan nafsu adalah jihad lebih besar.


2. Nafsu Mulhamah :


■ Cahayanya merah


■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan berperangai seperti perangai haiwan jinak iaitu seperti lembu, kerbau, kambing dan lainnya yang hanya gemar kenyang, bersenang-senang, hanya gemar melakukan hubungan jantan betina


■ Ya anakku, apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya (pada nafsu Mulhamah) maka berperangailah dia dengan sifat sopan santun, rajin beribadah, dan berperangai mulia.


3. Nafsu Lawwamah :


■ Cahayanya putih


■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan lalai dari perbuatan Akhirat, cintai dunia, sibuk dengan dunia lupakan Akhirat


■ Ya anakku, apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya (pada nafsu Lawwamah) maka berperangailah dia dengan rajin mengerjakan pekerjaan Akhirat.  Jika dia berbuat salah, dia akan mengutuk dirinya kerana lalai. 


4. Nafsu Radhiah :


■ Cahayanya kuning


■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan jadi perangainya seperti harimau dan singa, iaitu zalim


■ Apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya maka jadilah ia sabar dan redha sentiasa insaf.


5. Nafsu Mutmainnah :


■ Cahayanya hijau


■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan jadi busuk hati, dendam dan licik, telunjuk lurus kelingking berkait. 


■ Apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya maka jadilah ia sangat baik, berperangai mulia pada manusia dan banyak berbuat kebajikan.


6. Nafsu Mardiah :


■ Cahayanya biru


■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya ia akan banyak angan-angan, riya, ujub dan lain-lain yang dicela pada Syara'.


■ Apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya maka berperangailah dia dengan rendah diri (rasa hina diri) dan segala perangai kehambaan.


7. Nafsu Kamilah :


■ Cahayanya putih bercampur hijau


■ Apabila gerak nafsu ammarah memancar padanya maka ia akan berperangailah dia dengan sombong dan takabbur


■ Ya anakku, apabila bercahaya Kalimah Allah Allah padanya jadilah dia perangai hamba Allah, dhaif, faqir, lemah, hina


[Nukilan kitab Risalah Naqsyabandiah Jilid 3]



Bersambung siri 474 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...