Thursday, July 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 398)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-53:

Menyakiti Rasulullah ﷺ

...sambungan....



Dalil-Dalil penting

==============


Dalil 1: Firman Allah:


إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا


“Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya,  Allah akan melaknatinya di dunia dan di Akhirat, dan Menyediakan baginya siksa yang menghinakan.

[Al-Ahzab (33) : Ayat 57]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Sesungguhnya orang yang menyakiti Allah dan Rasul-Nya sekira-kira mereka melakukan hal yang keji dan kotor, yang secara aqal dan syari'at hal-hal itu dibenci oleh Nabi  ﷺ, lantas mereka menyakiti Nabi dengan hal-hal tersebut, Allah Melaknat mereka, menjauhkan mereka dari Rahmat dan syurga-Nya."

[Tafsir Al-Jilani]


Berkata Imam Qurtubi Radhiallahu anhu:

"Yang termasuk hal-hal yang dapat menyakiti Nabi  ﷺ  adalah segala sesuatu yang memang dapat menyakiti Baginda ﷺ, baik melalui perkataan, perbuatan atau pun lainnya. 


Contoh menyakiti Rasulullah ﷺ  melalui perkataan adalah, ucapan orang-orang musyrik yang menyebut Rasulullah ﷺ sebagai tukang sihir atau penyair, dukun dan lain-lain sebagainya.


Contoh menyakiti melalui perbuatan adalah melukakan Baginda ﷺ pada perang Uhud atau melemparkan darah sisa unta yang melahirkan ke belakang Baginda ketika Baginda sedang sujud.

[Tafsir Qurtubi]



Dalil 2 : Firman Allah:


وَمِنْهُمُ ٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ ٱلنَّبِيَّ وَيِقُولُونَ هُوَ أُذُنٌ قُلْ أُذُنُ خَيْرٍ لَّكُمْ يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَيُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِينَ وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ آمَنُواْ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ يُؤْذُونَ رَسُولَ ٱللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ


"Dan di antara mereka (yang munafiq itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata: Bahawa dia (Nabi Muhammad ﷺ) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya).  Katakanlah: Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, dia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin dan dia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah ﷺ itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya."

[At-Taubah (9) : Ayat 61]


Dalil 3 : Firman Allah:


لاَّ تَجْعَلُواْ دُعَآءَ ٱلرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَآءِ بَعْضِكُمْ بَعْضاً


"Janganlah kamu jadikan seruan atau panggilan Rasulullah ﷺ di antara kamu seperti seruan atau panggilan sesama kamu."

[An-Nur (24) : Ayat 63]


Bersambung siri 399 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...