Thursday, July 11, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 397)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-53:

Menyakiti Rasulullah ﷺ

==================


Definisi menyakiti ( يُؤْذُونَ )

====================


Dari segi istilah:

Ungkapan ( يُؤْذُونَ ) adalah bermaksud menyakiti, melukakan,  menyusahkan


Dari segi istilah:

Di-kehendaki dengan ungkapan  ( يُؤْذُونَ ) = Menyakiti Rasulullah ﷺ adalah ingkar perintah Rasulullah ﷺ, dan melakukan sesuatu yang melukai hati Baginda ﷺ.


Penjelasan:

========


(1) Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ adalah Insan teragung Pilihan Allah, ciptaan-Nya yang termulia, yang teristimewa, yang tertinggi mengatasi sekalian makhluq. Baginda ﷺ adalah sumber cahaya bagi sekalian Anbiya.  Baginda juga menjadi sumber cahaya bagi setiap Auliya Allah yang Allah Ta'ala bangkitkan. 


(2) Tanda benarnya Iman seseorang adalah ketika dia benar-benar menyanjung tinggi Rasulullah ﷺ, mengasihi Bagindaﷺ lebih daripada sekalian makhluq dan sedia mati kerana mempertahankan Baginda ﷺ. 


(3) Di antara tanda-tanda pendusta Agama adalah: Mereka memusuhi dan menyakiti Rasulullah ﷺ. 


(4) Maksud "menyakiti Rasulullah" adalah : Meragui Rasulullah ﷺ, mempersoalkan tindakan Baginda ﷺ, ingkar kepada perintah Baginda ﷺ dan mencerca, mengejek, mengolok-olok Baginda ﷺ.


(5) Demikian lagi termasuk menyakiti Rasulullah ﷺ

adalah menyakiti ahli keluarga Baginda ﷺ, para Sahabat Bagindaﷺ, isteri-isteri Baginda ﷺ dan Pewaris-Pewaris Rasulullah ﷺ sampai Qiamat.


(6) Semasa hayat Bagindaﷺ, golongan yang menyakiti Rasulullah ﷺ adalah kafir Quraisy, Yahudi, Nasrani dan golongan munafiq.  Maka mana-mana manusia yang memusuhi, menentang, mencerca dan menghina Rasulullah ﷺ, maka tidak syak mereka adalah termasuk ke dalam golongan kafir atau munafiq.  Meskipun boleh jadi mereka mengucap Kalimah Syahadah dan berpakaian seperti muslim kerana sememangnya sifat munafiq suka berpura-pura.


(7) Kewujudan puak munafiq di kalangan Jemaah Rasulullah ﷺ menunjukkan bahawa tidaklah semua orang yang bertemu Nabi ﷺ dan Bai'at itu menjadi orang yang benar-benar beriman.  Sebahagiannya adalah orang Islam awam (iaitu lemah Imannya) dan sebahagian lagi adalah golongan munafiq.


(8) Pada zaman ini, selain dari golongan kafir dan munafiq, terdapat orang Islam sendiri mengejek-ejek, olok-olok dan menghina dan menyakiti Rasulullah ﷺ, misalnya menghina pakaian Rasulullah ﷺ, atau mengolok-olok cara makan minum Baginda atau mempertikaikan Toriqat Rasulullah ﷺ.  Mereka binasakan diri sendiri dengan kebodohan mereka sendiri. 

Wal Iyazubillah.


Bersambung siri 398 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

 ■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 522) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...