Sunday, June 30, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 385)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa Besar ke-50

Banyak Bertanya

(tanpa keperluan)

..... sambungan.....



Akibat banyak bertanya

(yang tak perlu)

=======================


(1) Menyusahkan diri untuk menunaikan suatu kewajipan.


(2) Membawa kepada dosa besar kerana salah adab dengan Allah, Rasul dan Pewaris Rasul yang memimpin manusia kepada Allah. 


(3) Mengheret kepada kesesatan dan kekafiran.  Wal Iyazubillah


Ertinya mereka yang enggan menunaikan perintah Allah dengan segera sebaliknya mereka berpusing-pusing dengan pertanyaan demi pertanyaan akhirnya akan jatuh kepada kesesatan dan kekafiran.  Setengah mereka yang ingkar ini tidak menunjukkan keingkaran secara terang-terangan tetapi mereka melakukan helah (menipu daya) agar mereka terlepas dari suatu kewajipan dan terlepas dari suatu hukuman akibat melanggar Perintah Allah.  Namun perbuatan mereka makan diri.  Mereka cuba menipu Allah, sedangkan hakikatnya mereka menipu diri sendiri dan binasa!  Wal Iyazubillah. 


Satu contoh yang sangat menggerunkan jiwa adalah kisah kaum Bani Israel yang di-Laknat oleh Allah menjadi "kera".  Dan mereka yang melanggar Perintah Allah tadi benar-benar menjadi kera (bukan bayangan) tetapi benar-benar berubah rupa dan sifat mereka menjadi kera.  Wal Iyazubilah.


Kisah bermula ketika Allah Ta'ala melarang Bani Israel menangkap ikan pada hari sabtu.  Sebahagian dari mereka patuh dan sebahagian lain berbuat helah, iaitu mereka memasang jaring pada hari Sabtu dan mengutip ikan-ikan yang terperangkap pada hari berikutnya.   


Ada kelompok lain membuat helah cara lain, iaitu membuat parit yang menyambung ke laut, Pada hari Sabtu mereka buka pintu laluan sehingga ikan yang banyak pada hari Sabtu melimpah masuk ke dalam parit dan seterusnya masuk ke dalam perangkap.  Keesokan harinya mereka mengutip ikan-ikan tersebut.  Maksudnya mereka berbuat helah supaya tak kena hukuman akibat menangkap ikan pada hari Sabtu. 


Walau bagaimanapun tak mungkin kamu menipu Allah Yang Maha Mengetahui Zahir dan Batin, yang nyata dan yang tersembunyi. Diringkaskan kisah:  Allah Ta'ala melaknat mereka berubah menjadi "kera yang hina".  Wal Iyazubillah. Amat dahsyat Perintah ini... bukan saja disumpah jadi "kera" tetapi "kera yang hina"...!!!


Firman Allah:


وَلَقَدۡ عَلِمۡتُمُ ٱلَّذِينَ ٱعۡتَدَوۡاْ مِنكُمۡ فِى ٱلسَّبۡتِ فَقُلۡنَا لَهُمۡ كُونُواْ قِرَدَةً خَـٰسِـِٔينَ 


"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan menangkap ikan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina"

[Al-Baqarah (2) : Ayat 65]


Menurut Mufassirin terkemuka,

Mereka (kaum Yahudi yang melanggar perintah Allah) dilaknat menjadi kera, maka jadilah mereka kera, ertinya benar-benar secara fizikal berubah rupa mereka  menjadi kera.  Mereka tak mampu bercakap, makan atau minum. Mereka semua mati setelah 3 hari, ertinya keturunan mereka terhapus setelah 3 hari.  Wal Iyazubillah. Moga Amaran Allah ini menjadi pengajaran berguna untuk sekalian Ummat.


Bersambung siri 386 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...