■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 386)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-51 : Bocorkan Rahsia
===========================
Definisi Rahsia (سِرِّيّ)
=================
Dari segi bahasa:
sulit, tersembunyi, tersorok, diam-diam, samar
Dari segi istilah:
Tidak memperlihatkan, sorokkan, sembunyikan, menghindarkan, menjauhkan sesuatu hal daripada pengetahuan orang yang bukan ahlinya, agar perkara yang disembunyikan itu terpelihara daripada anasir-anasir perosak dan orang-orang yang terlibat terpelihara daripada fitnah dan kebinasaan.
Penjelasan:
========
(1) Memelihara rahsia adalah wajib dan bocorkannya adalah pengkhianatan yang merupakan dosa besar.
(2) Perbuatan bocorkan rahsia adalah suatu bentuk pengkhianatan (khianati amanah) kerana telah berlaku suatu bentuk _aqad_ (penjanjian) antara dua pihak untuk memelihara amanah bersama; sama ada ianya berbentuk bertulis atau secara lisan sahaja, kedua-keduanya adalah amanah yang wajib dipelihara. Maka ketika seseorang bocorkan rahsia yang termeterai, maka dia telah melakukan pengkhianatan.
(3) Tajuk "Dosa Besar Khianati Amanah" secara umum dan meluas sudah pun dibincangkan sebelum ini. Di sini kita cuma akan sebut secara ringkas berkenaan dosa bocorkan rahsia yang merupakan sebahagian dari makna khianat.
(4) Bocorkan rahsia terbahagi dua:
Pertama : Bocorkan rahsia sesama manusia
Kedua : Bocorkan rahsia Ketuhanan
(5) Bocorkan rahsia atau dedahkan rahsia sesama manusia adalah bermaksud : Musnahkan perjanjian yang termeterai antara dua individu atau dua kelompok manusia yang pada asalnya saling mempercayai satu sama lain untuk mempertahankan rahsia tersebut. Dan ini adalah dosa besar.
(6) Bocorkan rahsia Ketuhanan adalah bermaksud:
Mendedahkan rahsia tertentu yang Allah Ta'ala masukkan ke dalam hati hamba Allah yang sedang mujahadah pada jalan-Nya, dengan pimpinan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, meliputi beberapa rahsia Ilahiyyah, rahsia Nubuwwah, rahsia Insan, rahsia alam nyata dan tersembunyi.
(7) Bocorkan rahsia sesama manusia atau Rahsia Ketuhanan adalah dosa besar. Di antara keduanya, dosa mendedahkan Rahsia Ketuhanan adalah dosa besar yang lebih besar kerana ia membawa kepada kekufuran — binasa Iman.
Berkata Imam Hasan Al-Basri Radhiallahu anhu:
"Sesungguhnya termasuk pengkhianatan bahawa engkau bicarakan rahsia saudara engkau"
[Nukilan : Ihya Ulumuddin]
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
"Maka membuka rahsia itu suatu pengkhianatan. Dan itu haram, apabila ada padanya kemelaratan. Dan tercela, jika tidak ada padanya melarat".
[Ihya Ulumuddin]
Bersambung siri 387 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment