■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 387)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-51 : Bocorkan Rahsia
...... sambungan....
Firman Allah:
وَأَوْفُوا بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْئُولا
"Dan sempurnakan perjanjian. Sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya"
[Al-Isra (17) : Ayat 34]
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul-Nya dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.
[Al Anfal (8) : Ayat 27]
Firman Allah:
وَٱلَّذِينَ هُمْ لِأَمَـٰنَـٰتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَٰعُونَ وَٱلَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَٰتِهِمْ يُحَافِظُونَ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْوَٰرِثُونَ ٱلَّذِينَ يَرِثُونَ ٱلْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَـٰلِدُونَ
Dan orang-orang yang memelihara Amanat-Amanat (yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus, mereka kekal di dalamnya."
[Al Mu'minoon (23) : Ayat 8-11]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tanda orang munafiq itu ada tiga; jika berkata, dia berdusta; jika berjanji, dia ingkar; jika diberi amanah, dia berkhianat”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apa yang dibicarakan dan terjadi dalam Majlis-Majlis (mesyuarat atau pertemuan) hendaklah dijaga dan dipelihara sebagai amanah”.
[Imam Abu Daud]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidak sempurna Iman bagi orang yang tidak Amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang dengan janji”.
[Imam Ahmad]
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِذَا حَدَّثَ الرَّجُلُ الحَدِيثَ ثُمَّ التَفَتَ فَهِيَ أَمَانَةٌ
"Apabila seseorang berbicara suatu pembicaraan, kemudian dia pergi, maka itu adalah Amanah"
[Imam Abu Dawud, Imam At-Tirmizi]
Bersambung siri 388 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment