■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 384)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-50
Banyak Bertanya
(tanpa keperluan)
..... sambungan.....
Dalil 3 : Rasulullah bersabdaﷺ:
فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِيْنَ مَنْ قَبْلَكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ وَاخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu binasa kerana banyak bertanya dan berselisih dengan para Nabi”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Dalil 4 : Rasulullah bersabdaﷺ:
إِنَّ أَعْظَمَ الـمُسْلِمِينَ جُرْمًا، مَنْ سَأَلَ عَنْ شَيْءٍ لَمْ يُحَرَّمْ، فَحُرِّمَ مِنْ أَجْلِ مَسْأَلَتِهِ.
“Sesungguhnya sebesar-besar kejahatan bagi orang-orang Islam adalah yang bertanya tentang sesuatu yang belum diharamkan, lalu diharamkan disebabkan oleh pertanyaannya.”
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Dalil 5 : Rasulullah bersabdaﷺ:
وَسَكَتَ عَنْ أَشْيَاءَ -رَحْمَةً بِكُمْ غَيْرَ نِسْيَانٍ- فَلَا تَسْأَلُوا عَنْهَا
“Dan (apabila Allah dan Rasul-Nya) mendiamkan sesuatu (dengan tidak menjelaskan hukumnya) adalah Rahmat bagi kamu semua, dan bukan kerana lupa. Maka janganlah kamu semua bertanyakan tentangnya.”
[Imam Baihaqi, Imam Haakim, Imam Daruquthni]
Penegasan Hadith pertama dan mafhum daripada Hadith-hadith berikutnya, menunjukkan dahsyatnya akibat banyak bertanya, iaitu: Kebinasaan...!
Banyakkan pertanyaan berkenaan suatu ibadah atau suatu perintah bermaksud keingkaran menunaikan suatu Perintah Allah yang mengheret kepada dosa-dosa besar tanpa disedari. Inilah yang terjadi kepada kaum Bani Israel ketika mereka didatangkan suatu perintah, mereka akan mendebat Nabi-Nabi mereka, menimbulkan provokasi dan bantahan-bantahan yang akhirnya membawa kebinasaan mereka.
Sebab-sebab manusia
suka banyak bertanya
(yang tak perlu)
=====================
Punca seseorang gemar bertanya hal-hal yang tak perlu pada Agama dan tak perlu untuk melakukan ketaatan:
(1) Orang ini mempunyai penyakit hati yang serius, iaitu gemar berbantah-bantah dan suka bergaduh.
(2) Sememangnya dia ingkar kepada suatu perintah, maka dia sengaja berpusing-pusing supaya dia terlepas dari kewajipan.
(3) Merasakan dirinya hebat apabila kemukakan berbagai pertanyaan.
Bersambung siri 385 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment