■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 335)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 46:
Sebarkan berita tanpa usul periksa
sambungan....
Rawatan dan Penjagaan:
=====================
(1) Ilmu dan Kefahaman yang benar menurut Ahlus Sunnah
Ini hal paling penting dan utama. Setiap orang Islam, lelaki dan wanita wajib mempunyai ilmu yang memadai darihal Agama (menurut pendirian Ahlus Sunnah) supaya mereka tidak tergoda dengan maklumat-maklumat palsu yang membanjiri dunia internet.
(2) Internet bukan Guru
Jangan sesekali jadikan media sosial (fb, tik tok, youtube, ws, tele, ig dan lain-lain dari internet) sebagai Guru untuk memperoleh jawapan kepada persoalan Agama. Internet hanyalah sebagai rujukan kedua, ketiga setelah kamu mempunyai ilmu yang memadai sebagai orang beriman.
Kepincangan yang terjadi pada zaman ini, kebanyakan orang Islam awam menjadikan internet sebagai rujukan mencari kebenaran. Ketika mereka menghadapi suatu kemusykilan Agama, mereka terus merujuk kepada internet sedangkan internet mempunyai lambakan maklumat dari berbagai sumber. Setengahnya mungkin benar. Namun sebahagiannya adalah bersumber dari musuh-musuh Agama — kafir harbi, munafiq, nasrani, yahudi. Sebahagiannya daripada orang Islam yang telah sesat Wahhabiyyah (khawarij), Syi'ah (rafidhi), sekular, liberal dan lain-lain. Ketika kamu belum memiliki ilmu yang memadai dan keteguhan Iman, kamu mudah terjebak kepada fahaman yang salah, sesat dan batil.
(3) Menahan diri dari sebarkan sesuatu khabar
Apabila kamu menerima suatu mesej, pesanan, cerita maka tahan daripada sebarkannya kepada orang lain sehingga ternyata ianya benar dan tiada unsur-unsur fitnah, adu domba, penipuan. Jika kamu belum pasti, abaikan dan tinggalkannya.
(4) Kumpul pahala dengan sebarkan maklumat sebanyak-banyaknya ???
Ada setengah pendakwah menggalakkan orang Islam sebarkan apa sahaja mesej yang diterima melalui ws, tele, fb, tik tok dan lain-lain sebanyak-banyaknya (meskipun belum dipastikan kebenarannya). Kata mereka supaya mendapat pahala yang banyak.
kami katakan: dakwaan seperti ini tipu daya syaitan.
Bersambung siri 336 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment