Wednesday, May 15, 2024

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 336)

■■■■■■■■■■■■■■■■■



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ




Dosa Besar 46:

Sebarkan berita tanpa usul periksa

sambungan....



(5) Menuntut Ilmu Agama (Ahlus Sunnah) dari ahlinya


Setiap hal di dalam kehidupan ada pakarnya.  Pakar di dalam Agama adalah Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar).


Setiap Mursyid yang Siddiq (benar) adalah Pilihan Allah bagi mewarisi Nabi zahir dan batin.  Mereka di-Kurniakan oleh Allah segala kelengkapan yang perlu bagi memimpin manusia kepada Allah dengan selamat. 


Setiap Mursyid yang Siddiq (benar) adalah pakar yang mengetahui selok-belok Agama, pakar yang mampu memimpin manusia kepada Allah, pakar yang mengenal penyakit-penyakit hati manusia dan mampu merawatnya, pakar yang mengenal bisikan-bisikan Syaitan yang mengganggu dan mampu menangkis serangan-serangannya, pakar yang benar-benar mengenal Allah dan mampu pimpin manusia lain mengenal Allah, beriman kepada-Nya, bertauhid kepada-Nya dengan Tauhid yang hakiki.


Hanya dengan berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar), manusia mampu kenal Allah dengan sebenar, beriman kepada-Nya, mengenal haqiqat ikhlas, menghayati khusyu' di dalam solat, mampu sucikan hati sehingga hatinya bersinar dengan cahaya Ketuhanan sehingga dia menjadi manusia yang di-Redhai Allah. 


Berkata Sultan Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani رضي الله عنه  

(MUJADDID Agung sepanjang zaman)

"Hati adalah ladang akhirat. Tanamlah benih Keimanan dalam hati kamu.  Sirami dan bajai ia dengan amal-amal kebajikan yang berterusan.  Jika hati kamu baik, suci bersih dan teguh, ianya akan subur dan menghasilkan tuaian yang sangat banyak.  Sebaliknya jika hati kamu keras dan degil, ruh kamu  menjadi tandus , kering kontang dan tiada tanaman mampu tumbuh atasnya.  Pelajarilah ilmu pertanian dari "peladang" yang mahir, iaitu lah Mursyid yang Siddiq (benar) .  Jangan kamu fikir pendapat kamu itu sudah cukup (untuk penanaman sedang kamu jahil tentang ilmu pertanian).  Rasulullah ﷺ telah berwasiat, "Mohonlah pertolongan pada setiap pekerjaan dari pakarnya."

[Fathur-Rabbaniy Wa Faidur -Rahmaniy]


Imam Fakhruddin Ar-Razi رضي الله عنه

(MUJADDID Kurun ke-6 Hijriyyah)

“Seorang murid tidak memiliki jalan untuk sampai ke maqam-maqam hidayah (Iman, Taqwa, Tauhid  yang murni)  dan _mukashafah_, kecuali dia mengikuti Mursyidnya yang menunjukkannya ke jalan yang lurus serta menghindarkannya dari titik-titik kesalahan dan jalan yang sesat.” 

[Tafsir Mafatih Al-Ghaib]


Berkata Imam Ghazali رضي الله عنه

(MUJADDID kurun ke-5 Hijriyyah) 

"Jalan agama sangatlah samar, (tak dapat bezakan haq dan batil) dan jalan-jalan syaitan sangat banyak dan jelas (terbuka luas untuk dimasuki oleh siapa sahaja).  Oleh kerana itu, jika seseorang yang tidak mempunyai Shaikh (Mursyid yang benar) yang membimbingnya, maka pasti syaitan akan menggiringnya (memimpinnya) menuju jalannya. (kepada kesesatan).  Barangsiapa berjalan di jalan yang berbahaya tanpa petunjuk,  maka dia telah menjerumuskan dan membinasakan dirinya.

[Ihya Ulumuddin]


Sesungguhnya langkah pertama ini (mencari dan berpegang teguh kepada Mursyid yang benar) adalah langkah terpenting bagi keselamatan Agama seseorang dan agar jauh daripada terjerumus kepada dosa-dosa besar yang amat banyak seperti yang disebutkan di dalam risalah ini.  Tanpa berguru kepada mereka, orang Islam tidak akan mampu membezakan kebenaran dan kebatilan.  Mereka akan sentiasa terpengaruh dengan berbagai fahaman batil dan sesat serta maklumat palsu yang membinasakan.


Bersambung siri 337  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

=====================

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...