■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 287)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 37:
Sumpah Palsu
....sambungan.....
Akibat Sumpah Palsu
================
(1) Menanggung dosa yang amat berat kerana mempermainkan nama Allah.
(2) Menanggung dosa kezaliman sesama manusia kerana merampas haq manusia lain dengan tipu daya, helah dan sumpah palsu.
(3) Hilang kewibawaan dan dipandang hina oleh masyarakat kerana terkenal sebagai orang yang melakukan helah dan sumpah palsu.
(4) Tiada keberkatan di dalam hidup. Meskipun hartanya banyak, namun tiada keberkatan, sentiasa merasa tak cukup, tiada ketenangan, sebaliknya sentiasa di dalam kegelisahan.
(5) Terkena berbagai penyakit misteri dan musibah yang menghabisi segala hartanya.
(6) Cahaya hati akan hilang sedikit demi sedikit akibat memakan harta dengan cara haram.
(7) Dosa sumpah palsu jauh lebih berat dari perbuatan "dusta" semata-mata, kerana Sumpah palsu melibatkan nama Allah, dan ini membinasakan. Oleh yang demikian sebahagian Ulama memandang orang ini bukan sahaja berdosa besar dan fasiq, bahkan jatuh kepada kekafiran. Wal Iyazbillah
Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:
"Sebahagian Ulama berpendapat bahawa berdusta dengan menggunakan nama Allah dan Rasul-Nya adalah kafir."
[Al-Zawaajir]
Bersambung siri 288 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment