■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 288)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar 37:
Sumpah Palsu
....sambungan.....
Rawatan dan Penjagaan:
==================
(1) Berkenaan rawatan dan penjagaan, sila rujuk tajuk-tajuk berikut kerana pendekatannya hampir serupa.
1. Dosa dusta, berbohong
2. Dosa khianat
3. Dosa cinta dunia
4. Dosa tamak
5. Dosa dendam.
6. Dosa memfitnah
(2) Setiap Muslim wajib sungguh-sungguh menjauhkan diri daripada melakukan sumpah palsu kerana dosanya yang amat besar dan akibatnya yang sangat mengerikan. Sumpah palsu melibatkan dosa sesama makhluq dan dosa berat terhadap Allah kerana orang berkenaan mempermainkan nama Allah.
(3) Jika seseorang telah terlibat dengan sumpah palsu dan kemudian insaf, maka wajib atas dia Taubat dengan Taubat Nasuha.
(4) Orang yang Taubat Nasuha kerana terlibat di dalam sumpah palsu, wajib tunaikan syarat-syarat Taubat Nasuha.
■ Jika sumpah palsu berkaitan dengan hak Muslim, maka wajib mohon ampun kepada orang yang teraniaya akibat sumpah palsunya.
■ Wajib pulangkan setiap harta yang telah dirampasnya dengan sumpah palsu. Jika dia telah memakannya maka wajib diganti dengan yang serupa.
■ Jika sumpah palsu melibatkan maruah, maka dia wajib mohon ampun kepada mangsa sumpah palsunya. Dia wajib sebutkan satu persatu sekalian sumpah palsu dan tuduhan palsu yang telah di lemparkannya terhadap mangsa dan mohon ampun serta redhanya.
■ Jika seseorang jatuhkan Kehormatan seseorang di khalayak ramai dengan sumpah palsu, dia wajib bersihkan nama hamba Allah di khalayak ramai.
Jika dia tidak berbuat demikian, maka perhitungannya di Akhirat amatlah menyiksakan. Boleh jadi dia akan menjadi "papa kedana" akibat dari segala amal kebaikan diserahkan kepada mangsa dan dosa-dosa mangsa ditimpakan ke atasnya sehingga dicampakkan ke dalam Neraka. Wal Iyazubillah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?” Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki dirham dan juga tidak memiliki harta.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda: ”Sebenarnya orang yang muflis dari kalangan ummatku ialah seseorang yang datang pada hari Qiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi (dahulunya sewaktu di dunia) dia pernah mencaci maki si fulan, menuduh si fulan, memakan harta si fulan, menumpahkan darah si fulan, dan pernah memukul si fulan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang lain yang pernah teraniaya , dia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, sehingga apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dijelaskan (belum dapat dibayar semua), maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”
[Imam Muslim]
Bersambung siri 289 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
=====================
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment