■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 289)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 38:
Meremehkan Dosa
==============
Definisi
=======
Definisi Dosa:
Menurut bahasa:
Dosa adalah pelanggaran ( حَراَمٌ ) atau penderhakaan (مَعْصِيةٌ) atau penentangan ( عِصْياَنٌ ) atau kerosakan ( فَساَدٌ) atau kejahatan ( ذَنْبٌ)
Menurut istilah :
Setiap pelanggaran atau penderhakaan atau keingkaran terhadap Perintah Allah dan Rasul-Nya, sama ada yang berupa suruhan atau larangan, sama ada yang bersifat ZAHIR (anggota tubuh) atau BATIN (hati) menurut ketetapan Ulama yang mempunyai autoriti menetapkan Hukum, iaitu Ulama bertaraf Mujtahid, maka ia adalah termasuk DOSA.
Definisi Dosa Besar:
Dosa besar adalah setiap keingkaran atau pelanggaran atau penderhakaan terhadap Perintah Allah dan Rasul-Nya yang Allah Ta'ala memberi anacaman Neraka atau Kemurkaan-Nya, atau Azab-Nya yang pedih atau La'nat-Nya atas penderhakaan tersebut.
Definisi Meremehkan Dosa:
Berani terhadap Allah atau menganggap dosa sebagai perkara kecil atau boleh diabaikan atau gembira ketika melakukan dosa atau tidak terasa ketakutan langsung ketika melakukan hal-hal membawa kepada dosa.
Penjelasan:
==========
(1) Al-Qur'an dan Hadith menggambarkan DOSA dengan berbagai istilah yang berbeza-beza, tetapi kesemuanya kembali kepada maksud dosa akibat pelanggaran, keingkaran atau penentangan terhadap ketentuan Allah dan Rasul-Nya. Di antaranya :
Haramun ( حَراَمٌ ) — larangan, kejahatan, dosa
Ma'siatun ( مَعْصِيةٌ) — penentangan, pelanggaran
'Isyanun ( عِصْياَنٌ ) — penderhakaan, pembangkangan,
Fasadun ( فَساَدٌ) — kebusukkan, kerosakan, kekejian
Zambun ( ذَنْبٌ ) — dosa, larangan, kejahatan
Khati'atun (خَطِيْئةٌ ) — dosa, kesalahan
Fusuqun ( فُسُوقٌ ) — penderhakaan
Fujurun (فُجُورٌ ) — derhaka, dedah kehormatan
Hinthun ( حِنْثٌ ) — lawan, langgar sumpah
Mungkarun, ( مُنْكَرٌ ) — ingkar, langgar larangan
Fahisyatun ( فاَحِشَتٌ ) — kekejian, yang memalukan
Ithmun, (إِثْمٌ ) — dosa, kesalahan
(2) Sebahagian Ulama mengatakan setiap keingkaran dan pelanggaran perintah Allah adalah semuanya dosa besar. Sebahagian Ulama lain menghalusi pengertian DOSA kepada dua bahagian, iaitu : DOSA BESAR dan DOSA KECIL.
(3) Menurut Ibn Abbas Radhiallahu anhu,
Dosa besar adalah setiap dosa yang diancam oleh Allah dengan Ancaman Neraka, atau Kemurkaan, atau La'nat atau Azab siksa.
(4) Hamba-hamba Allah yang benar-benar layak menentukan bahawa suatu hal itu HARAM atau WAJIB (atau hukum-hukum lainnya) yang mengakibatkan DOSA BESAR atau DOSA KECIL adalah Ulama yang mempunyai autoriti menetapkan Hukum, iaitu Ulama bertaraf Mujtahid, dan BUKAN pendapat peribadi, BUKAN pendapat ulama politik, apa lagi Ulama Wahhabi atau Ulama Syi'ah atau lain-lainnya.
Dengan demikian sekalian Ummat Islam yang awam, muqallid dan muttabi', wajib mengikuti fatwa mereka.
(6) Dosa-dosa besar ada yang bersifat zahir (anggota tubuh) dan ada yang bersifat batin (hati). Kedua-duanya bahaya kepada orang beriman.
(7) Jangan sesekali meremehkan apa saja dosa sama ada yang besar atau kecil, sama ada yang zahir atau batin (hati). Hendaklah sentiasa waspada terhadap apa jua dosa dan segera Taubat kembali kepada Allah. Meremehkan apa jua dosa adalah dosa besar.
(8) Sebahagian dosa lebih bahaya dari sebahagian lain. Hampir semua dosa batin (hati) adalah sangat merbahaya, bahkan lebih merbahaya dari dosa zahir lantaran keadaannya yang tersembunyi di dalam hati.
Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu
"Dosa besar yang bersifat batin (hati) lebih berbahaya dan dosa kemaksiatannya lebih hina dan sangat rendah. Juga kerana sebahagian besar dosa itu mudah terjadi dan cepat merebak. Terutama apabila seseorang berasa bebas dari sebahagian dosa-dosa tersebut kerana meremehkan kehadirannya"
[Al-Zawaajir]
Bersambung siri 290 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
===================== MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment