Thursday, March 09, 2023

 ■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 265)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar 33 : Bercakap yang sia-sia

sambungan....


(4) Menyoal  sebelum menjawab

Salah satu uslub da'wah yang berkesan di dalam menyampaikan pengajaran2 Agama adalah dengan menyoal pendengar. Hal ini tidak termasuk berkata2 berlebihan dan TIDAK termasuk istilah "sia-sia."  Sebaliknya pendekatan ini memberi kesan yang lebih kepada orang yang menerima da'wah. 


Kaedah ini merupakan Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah Baginda di dalam menyampaikan Da'wah kepada manusia. 


Satu contoh :


Rasulullah ﷺ bertanya kepada Sahabat :  

“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?”


Contoh lain:


Rasulullah ﷺ bertanya kepada Sahabat:

"Tahukah kamu, seandainya ada sebuah sungai di dekat pintu rumah salah seorang dari kamu, lalu dia mandi dari air sungai itu setiap hari lima kali, apakah akan tersisa kotoran tubuhnya walau sedikit?


Pendekatan ini membangkitkan jiwa dan pemikiran kepada tajuk yang diutarakan untuk sungguh2 mencari jawapan.  Setelah memperoleh jawapan, kesannya lebih mendalam menguasainya.  Maka pertanyaan2 seperti ini ketika menyeru manusia TIDAK di katakan sia-sia. Sebaliknya ucapan2 seperti ini amat terpuji.


(5) Bacakan kisah Ummat terdahulu sebelum menyampaikan maksud

Jika seseorang membacakan kisah2 ummat terdahulu sebelum menyampaikan maksud sebenar yang ingin disampaikannya, maka ini TIDAK termasuk di dalam pengertian sia-sia, sebaliknya ia sangat bermanfaat bagi Ummat.  


Allah Ta'ala menceritakan Kisah ummat terdahulu di dalam Al-Qur'an sebagai pengajaran yang amat berkesan kepada seluruh Ummat manusia bagi mengambil i'tibar dan pengajaran. Misalnya kisah Fir'aun, Namrud, Abu Jahal, Abu Lahab dll yang derhaka kepada Allah Ta'ala dan akibat daripada perbuatan mereka memberi kesan yang mendalam ke dalam hati.


Kemudian, Kisah insan2 memperoleh Kemuliaan yang tinggi dari Allah Ta'ala seperti sekalian Nabi-Nabi, kisah Auliya Allah, kisah Pemuda yang beriman kepada Allah dan larikan diri daripada pemerintah zalim dll sepertinya menjadi dorongan kuat bagi orang beriman. 


(6) Berbual yang baik-baik untuk silatur-rahim

Ucapan-ucapan atau perbualan di antara dua orang atau beberapa orang untuk tujuan merapatkan persaudaraan BUKAN sia-sia meskipun ianya mempunyai unsur2 berkaitan dunia.  Ini kerana mengukuhkan silatur-rahim di antara saudara mara atau teman di dalam Agama adalah di antara anjuran Agama.


Bersambung siri 266  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ


———————————————

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

    🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...