Sunday, January 08, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 228)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu

sambungan.....


Contoh Amal tanpa Ilmu


Berikut kami bawa beberapa contoh berhubung dengan keadaan Ummat Islam yang amat lemah di dalam memahami Agama mereka sendiri sehingga mereka beramal tanpa ilmu dan bahkan beramal dengan suatu yang bertentang dengan Islam tanpa mereka sedari.   Sudah tentu ini suatu hal yang menghairankan kerana contoh2 berikut hanyalah contoh2 asas Agama yang sepatutnya tiada sorang Muslim pun ketinggalan, bukan suatu hal Agama yang kompleks dan susah difahami.


Contoh 1 : Mengerjakan solat mengikut ilmu kanak2

Barangkali inilah contoh paling umum berlaku kepada Ummat Islam pada zaman ini, sedangkan Ibadah Solat merupakan Ibadah pertama yang akan dihitung di Akhirat.


Berdasarkan pengalaman mendidik orang2 Islam di dalam berbagai Kursus, kami dapati kebanyakan peserta mengerjakan solat berdasarkan pengetahuan yang mereka pelajari ketika di bangku sekolah sedangkan di peringkat sekolah, Ilmu yang diajar sesuai dengan aqal kanak2, iaitu pengetahuan asas tanpa penekanan khusus kepada rukun dan syarat2 sah.  


Kebanyakan peserta tak dapat membezakan rukun dan perkara sunnat. Mereka juga tidak mengetahui syarat sah bagi setiap rukun solat. Misalnya syarat sah Niat, Syarat Sah Takbiratul Ihram, Syarat sah bagi Fatihah, Tahiyyat, ruku', sujud dll.  Ringkasnya mereka tiada pengetahuan berkenaan Syarat sah bagi Rukun Qawli (perkataan), Rukun Fi'li (perbuatan) dan  Rukun Qalbi (hati).  


Maksud kami di sini :

Ramai ummat Islam tidak mengetahui syarat2 sah solat yang zahir syari'at sekalipun. 


Contoh 2 : Tidak mengetahui setiap ibadah terdiri dari dua bahagian — Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf)

Ini satu lagi polemik yang sangat umum di kalangan Ummat Islam zaman ini, termasuk setengah ahli ibadah (abid). 


Mereka tidak mengetahui bahawa setiap Ibadah terdiri dari dua bahagian — zahir dan batin.  Sebagaimana diri manusia terdiri dari ruh dan jasad, jasmani dan ruhani, zahir dan batin, maka demikianlah setiap Ibadah terdiri dari Syarat zahir (fiqh) dan Syarat batin (Tasawwuf). Apabila salah satu daripadanya tidak wujud atau tidak menepati syarat2nya maka seluruh ibadah akan pincang, binasa dan tertolak. 


Anehnya, terdapat sebahagian orang Islam, terang2an menolak Syarat2 batin (Tasawwuf).   Pada anggapan dan pegangan mereka, Islam itu cuma Syari'at (zahir — fiqh) dan tiada kena-mengena dengan Toriqat (Tasawwuf). Bahkan sebahagian mereka terang2 menolak Toriqat yang sahih yang datang dari Rasulullah ﷺ, kerana pada anggapan mereka semua itu bid'ah sesat, khurafat dan syirik.  Ertinya mereka mengambil sebahagian Agama dan menolak sebahagian daripadanya. Betapa besarnya kekufuran mereka kepada Allah dan Rasul-Nya. Wal Iyazubillah.


Firman Allah تَعَالَى :

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ ٱلْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذٰلِكَ مِنكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا وَيَوْمَ ٱلْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَىٰ أَشَدِّ ٱلّعَذَابِ وَمَا ٱللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Firman Allah) dan engkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari Qiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat."

[Al-Baqarah (2): ayat 85]


Bersambung siri  229  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

___________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...