■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 229)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Contoh 3 : Gagal memahami Syirik Khafi batalkan amal ibadah dan merosak Iman
Hal ini telah dibentangkan di dalam Risalah kami bertajuk "Penyakit hati, bahaya yang tidak disedari" dengan huraian yang panjang. Di sini kami cuma menyentuh bahaya ini secara ringkas.
Ini satu hal yang sangat serius tetapi dipandang ringan oleh ahli2 Ibadah. Mereka menyangka Syirik khafi itu cuma syirik kecil dan dimaafkan. Sebahagian golongan anak2 muda kelulusan universiti menganggap syirik khafi itu tak wujud atau tak perlu dibesar-besarkan kerana ianya hal hati yang di luar kawalan manusia. Masya Allah, betapa bahayanya ucapan2 ini. Sedangkan menurut Ahlus Sunnah, dari suatu sudut pandang, Syirik khafi lebih merbahaya kerana ianya tersembunyi di dalam hati. Lazimnya berlaku tanpa disedari.
Akibat kejahilan, mereka terang-terangan mengeluarkan ucapan2 menentang Allah dan Rasul-Nya. Mereka hanya mempelajari sebahagian ilmu syari'at lalu merasakan diri sudah menguasai keseluruhan Agama.
Apabila kamu tidak menuntut Ilmu daripada Guru yang benar2 'Arif, Pewaris Nabi yang benar2 mewarisi Keilmuan Nabi zahir dan batin, maka kamu tidak akan memahami Agama yang lurus. Kamu akan sentiasa diwas-waskan oleh Iblis La'natullah sedang kamu tak menyedarinya. Pada sangkaan kamu Syirik khafi (sombong takabbur, riya', 'ujub, sum'ah dan lain2), tidak apa2 kerana dia (Iblis) bisikkan kepada kamu semua itu di luar kawalan manusia.
Cuba baca Ancaman Allah kepada orang2 yang melakukan Takabbur, yang ini merupakan sebahagian daripada pengertian Syirik Khafi yang dibincangkan di dalam Ilmu Tasawwuf.
Firman Allah :
يأَيُّهَا الَّذِينَ ءامَنُواْ لاَ تُبْطِلُواْ صَدَقَـتِكُم بِالْمَنّ” وَالاْذَى……”
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan batalkan sedekah kamu dengan kebanggaan dan cercaan..”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 264]
Firman Allah :
كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُـلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ
“Begitulah Allah memeterai (menutup) setiap hati orang yang sombong dan sewenang2.
[Al-Mu’min (40) : 35]
Firman Allah :
بَلَىٰ قَدْ جَاءَتْكَ آيَاتِي فَكَذَّبْتَ بِهَا وَاسْتَكْبَرْتَ وَكُنْتَ مِنَ الْكَافِرِينَ
” (Bukan demikian) sebenarnya telah datang keterangan-keterangan-Ku kepadamu lalu kamu mendustakannya dan kamu menyombongkan diri dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir”.
[Az-Zumar (39): ayat 59]
Firman Allah didalam Hadis Qudsi :
“Takabbur itu selendangKu dan kebesaran itu kain sarungKu. Maka barangsiapa bertengkar dengan Aku pada salah satu dari yang dua itu, nescaya Aku campakkan dia dalam Neraka jahannam. Dan Aku tidak pedulikan.”
[Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda :
“Tidak akan masuk syurga orang yang ada di dalam hatinya, seberat biji sawi dari takabbur.
[Imam Muslim]
Amal tanpa Ilmu benar2 membinasakan!
Mereka yang menganggap Syirik khafi itu perkara ringan, wajib Muhasabah diri dan Taubat Nasuha kerana amal ibadah mereka di ambang kebinasaan. Bahkan Iman mereka juga di dalam bahaya.
Bersambung siri 230 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment