Friday, January 13, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 230)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu

sambungan.....


Contoh 4:  Meremehkan kewajipan Ikhlas dan Khusyu' di dalam Solat


Kesempurnaan Solat terdiri dari dua bahagian :

Pertama : Syarat Sah zahir (pergerakan dan perkataan)

Kedua   : Syarat Sah batin (hati)


Syarat sah zahir diterangkan di dalam kitab2 Fiqh, iaitu yang terdiri dari rukun dan syarat2nya.  Sementara Syarat Sah batin (hati) diterangkan di dalam Kitab2 Tasawwuf / Toriqat / Ma'rifat, iaitu Ikhlas, Khusyu, Tawadhu, Haya', Khauf, Roja' dan lain2nya berhubung dengan hati.    Dengan demikian kesempurnaan solat seseorang bergantung kepada kedua2 Syarat ini — zahir dan batin ;  bukan satu bahagian sahaja. Barangsiapa abaikan salah satu daripadanya maka akan pincang keseluruhan solatnya. 


Sebahagian orang Islam mendakwa Solat itu cuma terdiri dari rukun dan syarat yang dijelaskan di dalam kitab Fiqh. Mereka menafikan syarat2 batin (hati) di dalam Solat.  Mereka berpegang bahawa Ilmu Tasawwuf tak ada hubungan dengan solat. Ini pendapat yang batil, yang jelas menyeleweng dari kebenaran. Orang yang benar2 beriman tidak berani berkata demikian kerana syarat2 batin Solat hanya dijelaskan di dalam Ilmu Tasawwuf. Maka mempelajarinya dan amalkannya menurut Disiplin Toriqat yang sahih adalah fardhu Ain atas setiap mukallaf. 


Keengganan mempelajari Ilmu Tasawwuf daripada Guru yang benar2 Arif dan sungguh2 menghayatinya menurut tuntutan Allah dan Rasul-Nya akan menyebabkan keseluruhan Solat hilang nilainya di Sisi Allah. Bahkan Al-Qur'an terang2 menjelaskan setengah dari tanda2 orang beriman adalah Ikhlas dan Khusyu di dalam Solatnya. 


Firman Allah :

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ (١) ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ (٢) 

"Sesungguhnya mencapai kemenangan (kejayaan, selamat) orang Mu'min,  iaitu mereka yang khusyu' di dalam Solatnya."

[Al-Mu'minun (23) : ayat 1-2]


Firman Allah :

إِنَّنِىٓ أَنَا ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنَا۟ فَٱعۡبُدۡنِى وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِذِڪۡرِىٓ

"Sesungguhnya Akulah Allah; tiada Tuhan melainkan Aku; maka, sembahlah akan Daku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku."

[Taha  (20) ayat :14]


Firman Allah :

فَوَيۡلٌ۬ لِّلۡمُصَلِّينَ  ٱلَّذِينَ هُمۡ عَن صَلَاتِہِمۡ سَاهُونَ

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang; (Iaitu) mereka yang lalai di dalam solatnya."

[Al-Ma'un (107)  : ayat 4-5]


Rasulullah ﷺ bersabda :

أَنْ تَعْبُدَ اللهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ

"Ihsan ialah engkau beribadah kepada Allah seolah2 engkau melihat-Nya.  Jika engkau tidak melihat Nya, maka sesungguhnya Dia (Allah) melihat engkau"

[Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam Tirmizi, Imam Ahmad]


Bersambung siri  231  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...