Friday, January 13, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 231)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu

sambungan.....


Contoh 5:  Wanita berpakaian tetapi telanjang

Contoh ini sangat relevan pada zaman ini, akhir Zaman yang dipenuhi kejahilan dan kegelapan.

Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya tidak menutup aurat menurut tuntutan Agama. Mereka berpakaian sesuka hati. Setengahnya memakai tudung tetapi menampakkan dada,  tangan dan kaki. Setengahnya memakai pakaian ketat atau nipis sehingga kelihatan kulit di bawahnya. 


Mereka ini menganggap mereka sudah menutup aurat tetapi sebenarnya tidak demikian sebaliknya mereka ini disebut sebagai  "wanita yang telanjang" di dalam Hadith Rasulullah ﷺ. 


Rasulullah   ﷺ  bersabda :

 ‏صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ‏ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ ‏ ‏مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلَا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا 

"Dua golongan dari ahli Neraka, yang belum pernah aku lihat mereka, (iaitu) satu kaum yang memiliki pemukul, seperti ekor lembu, yang mereka gunakan untuk memukul orang dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan pundak unta, mereka tidak akan memasuki Syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga, padahal bau Syurga dapat dicium dari jarak yang jauh.”

[Imam Muslim] 


Rasulullah ﷺ bersabda :

" Akan datang pada pada umatku,  lelaki yang naik pelana kuda yang menyerupai pelana unta, lalu turun di pintu-pintu masjid. Wanita mereka berpakaian, tetapi telanjang, rambut kepala mereka bagaikan bonggol unta yang tinggi. Laknatlah mereka kerana mereka ialah wanita terlaknat. 

[Imam Ahmad]


Penjelasan terperinci telah pun kami bentangkan di dalam Tajuk :  "Jilbab Wanita menurut Islam" dan Tajuk 'Aurat Wanita Muslimah",  maka tidaklah kami ulangi lagi di sini. 


Contoh 6: Mengucap "selamat" kepada Agama lain

Menurut pendirian Ahlus Sunnah wal Jama'ah menucap "selamat" kepada Perayaan Agama kafir adalah haram dan pelakunya wajib dita'zir.  Tetapi akibat kejahilan, orang islam bergembira dan berseronok sama2 merayakan perayaan kafir.


Imam Ibnu Hajar al-Haythami berkata :

"Di antara bid'ah (sesat) yang paling buruk adalah kaum muslimin sepakat bersama-sama kaum nasrani merayakan hari perayaan  mereka, iaitu dengan meniru-niru mereka, memakan makanan mereka, memberi hadiah kepada mereka, menerima hadiah daripada mereka. Orang yang paling memberi perhatian (melakukan) perbuatan ini adalah orang-orang Mesir. Padahal Nabi Shallallahu 'Alaihi waSallam telah bersabda: "Sesiapa yang menyerupai suatu kaum maka dia termasuk sebahagian dari mereka".

Bahkan Ibnu al-Haaj berkata:  Tidak halal bagi seorang muslim untuk menjual sesuatu bagi seorang nasrani yang berkaitan dengan kemaslahatan perayaan mereka, sama ada daging, sayur, mahupun baju. Tidak boleh kaum muslimin meminjamkan apa pun kepada mereka, termasuk meminjamkan haiwan tunggangan. Kerana ini, termasuk membantu mereka dalam kekafiran. Dan wajib bagi pemerintah untuk melarang kaum muslimin dari perkara tersebut.

[Al-Fatawa al-Fiqhiyah al-Kubra]


Berkata Imam Al-Khathib Sharbini :

"Ditakzir  orang (muslim) yang bersama-sama orang-orang kafir merayakan perayaan-perayaan mereka. Demikian juga ditakzir orang islam yang memegang ular dan masuk dalam api, serta orang yang memanggil kepada kafir zimmi "Yaa Haaji". Dan orang yang mengucapkan selamat kepada perayaan orang kafir"

[Mughni Muhtaj]


Bersambung siri  232  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILAN            


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...