■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 232)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Punca beramal Tanpa Ilmu
Beramal tanpa ilmu bermaksud tidak menuntut ilmu Fardhu 'Ain, dan lebih tepat lagi, kita katakan : Tidak menuntut Ilmu Agama yang menepati Ahlus Sunnah Wal Jamaah daripada Guru yang benar2 Arif yang berpegang kepada Ahlus Sunnah yang benar. Dengan demikian perkara yang dibincangkan adalah punca orang Islam beramal tanpa Ilmu dan punca mereka tidak menuntut Ilmu fardhu 'Ain.
Punca 1 : Agama menjadi perkara sampingan
Realitinya, Ummat Islam semakin jauh dari Ajaran Islam yang suci murni. Dunia menjadi keutamaan, Akhirat dipandang sebagai sampingan. Terlalu banyak bukti untuk menjelaskan keadaan ini. Orang2 Islam perlu muhasabah diri akan hakikat ini.
Punca 2: Tidak mengetahui Ilmu fardhu Ain
Orang2 Islam tidak mengetahui bahawa menuntut Ilmu fardhu Ain itu wajib atas setiap Muslim. Sebahagiannya mengetahui akan kewajipan menuntut ilmu secara umum, tetapi tidak mengetahui jenis2 ilmu yang wajib Aini. Setengahnya lagi mengetahui jenis2 ilmu yang wajib, tetapi tidak mengetahui had dan batas2nya.
Punca 3 : Tidak sedar beramal tanpa Ilmu batal Ibadahnya
Tidak mengetahui bahawa beramal tanpa ilmu menyebabkan segala amal terbatal dan menjadi dosa besar.
Punca 4 : Campur aduk Islam dengan ajaran dan falsafah kafir
Hal ini bukan suatu yang baru. Pada kurun ke-2 Hijriyyah orang2 yang baru memeluk Islam membawa masuk ajaran2 kuno falsafah Yunani dan Parsi dan mencampur adukkannya ke dalam ajaran Islam, lalu berkata : "Inilah Islam". Pada hari ini cendikiawan Islam campur adukkan berbagai sistem ciptaan manusia seperti sistem demokrasi, kapitalis, sosialis lalu mencanangkan " inilah Islam ".
Untuk menambahkan "minyak ke dalam api kejahilan yang membara", Ulamak2 Politik mentafsirkan Al-Qur'an mengikut selera nafsu mereka. Mereka mengubah2 tafsiran Al-Qur'an menurut selera politik untuk meraih "kuasa" kerana menurut falsafah Ulama politik ini yang penting adalah "kuasa". Ulama politik ini sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa berbohong, kerana yang penting bagi mereka adalah "kuasa".
Tafsiran batil dan Fatwa2 sesat seperti ini menyebabkan orang awam yang jahil bertambah jahil.
Punca 5: Rasa diri sudah pandai dan tahu semua
Ini satu daripada beberapa penyakit besar penuntut Ilmu Agama. Mereka belajar sebahagian Agama lalu mendabik dada sudah mahir di dalam Agama. Akibatnya mereka engkar kepada segala ilmu lain hasil Ijtihad Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar. Bahkan mereka terang2an engkar dan menentang Ilmu yang benar2 Warid dari Rasulullah ﷺ, sedangkan ilmu yang mereka pelajari di Universiti hanya sebahagian kecil dari maksud Agama.
Bersambung siri 233 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment