Friday, January 13, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 233)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu

sambungan.....


Akibat Beramal tanpa Ilmu


Akibat Beramal tanpa Ilmu yang benar menurut I'tiqad dan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah amatlah banyak, bahkan inilah punca paling besar kepada segala penyelewengan, kebatilan dan kesesatan manusia. 

Sebahagian daripada "bahaya amal tanpa ilmu" telah pun kami sebut secara tak langsung di dalam siri2 sebelum ini. 


Pertama : Aqidahnya tidak sah

Seseorang yang tidak menuntut Ilmu, tidak mengetahui Aqidah yang benar menurut I'tiqad dan Pegangan Ahlus Sunnah yang benar. Akibatnya mereka mudah menyeleweng kepada Aqidah yang batil dan sesat — 72 golongan yang terkeluar dari Jalan Lurus, Jalan Ahlus Sunnah yang benar (tulen). 


Misalnya tanpa menuntut Ilmu yang sahih menurut Ahlus Sunnah, seseorang mudah terjebak kepada Aqidah Mujassimah yang menjisimkan Allah yang beri'tiqad bahawa Allah mempunyai jisim, mempunyai tangan dan kaki. Atau mereka mudah terpengaruh dengan Aqidah Mu'tazilah yang berpegang bahawa Al-Qur'an itu makhluq.  Atau mereka jatuh kepada Aqidah Jabariyyah yang menafikan usaha ikhtiar bagi makhluq dan beri'tiqad bahawa Allah bersifat "Pemaksa" sehingga manusia hanya ibarat  bulu yang diterbangkan oleh angin.  Atau mereka jatuh kepada i'tiqad sesat "Allah menetap di atas 'Arasy".  Semua ini Aqidah batil dan sesat menurut pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.


Aqidah "Allah menetap di atas 'Arasy"  yang menjadi pegangan beberapa orang bergelar Dr, PhD, Prof dan lain2 membawa kekeliruan Ummat islam, sehingga menjadi bahan perdebatan di kedai kopi, di bilik2 kuliah dan group2 ws, tele, fb dll.  Sesungguhnya semua ini perbuatan bodoh yang membawa kebinasaan kerana bab Agama bukan bahan perdebatan orang awam, meskipun orang yang bergelar PhD atau profesor sekalipun, kerana tiada seorang pun cerdik pandai Agama ini menepati syarat sebagai Mujtahid.  Sesungguhnya mereka terjerat dengan tipu daya nafsu dan Syaitan. 


Kedua : Amal ibadahnya tak sah

Setiap Ibadah di dalam Islam mempunyai Peraturan, Rukun, Syarat dan Adab2 tertentu. Jika seseorang tidak mengetahuinya sebagaimana yang ditetapkan oleh Ulama di dalam kitab2 mereka, maka segala ibadahnya akan terbatal / tidak sah.  


Ketiga: Jatuh kepada kemungkaran tanpa disedari

Orang yang tak menuntut Ilmu, tidak mengetahui mana yang halal dan mana yang haram sangat mudah terjatuh kepada larangan2 Allah. Misalnya seorang lelaki yang tidak mempelajari kewajipan seorang suami / bapa akan abaikan amanahnya yang dipikulkan ke atasnya.  Seorang wanita yang tidak mengetahui cara berpakaian sebagai Mukminah, akan mudah terjerat dengan kempen musuh2 Islam. 


Keempat : Mempersendakan Allah dan Rasul-Nya

Orang Islam yang beramal tanpa ilmu adalah termasuk orang yang mempermainkan Agama dan mempersendakan Allah Ta'ala yang telah Memerintahkan manusia bertauhid dan beramal dengan tertib beradab kepada Allah dan Rasul-Nya.


Kelima : Mudah terjerat dengan tipu daya Syaitan

Para Masyaikh Ahlus Sunnah telah menetapkan setiap Muslim wajib menuntut Ilmu dan wajib mencari Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai pemimpin kepada Allah Ta'ala. 


Seseorang Islam yang tidak menuntut Ilmu dan enggan berserta dengan Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq, sangat mudah menjadi mangsa tipu daya Syaitan. Ini kerana mereka tidak mengenal jalan2 Syaitan masuk ke hati membisikkan kesesatan.   Tipu daya Syaitan amat halus sehingga orang2 bergelar "alim" pun tewas kepadanya, apa lagi orang2 yang tiada ilmu lebih mudah tertipu. Wal Iyazubillah.


Bersambung siri  234  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI              

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...