Saturday, January 14, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 234)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu

sambungan.....


Rawatan dan Penjagaan

Berikut adalah beberapa panduan yang patut diketahui dan dilaksanakan oleh semua orang Islam bagi mencapai keselamatan dunia Akhirat.


Pertama : Buang ego kesombongan

Langkah Pertama untuk mencari Ilmu yang benar dan Jalan Lurus adalah buang segala ego kesombongan diri. Rendahkan diri dan kosongkan diri seolah2 kamu  tak tahu apa2, hanya menunggu Kemurahan Allah dan Curahan Ilmu dari-Nya.  Barangsiapa merasakan diri mereka hebat dengan ilmu sedikit yang mereka miliki,  maka hati mereka akan tertutup. Sesungguhnya takabbur menggelapkan hati dan jauhkan seseorang dari Rahmat Allah. 


Kedua : Wajib menuntut tiga macam Ilmu

Setiap Muslim WAJIB mempelajari 3 macam Ilmu Fardhu Ain, iaitu :

Ilmu Fiqh, Ilmu Usuluddin, Ilmu Tasawwuf.  Ketiga2 ilmu ini kadangkala dibincangkan dalam bentuk pembahagian lain, iaitu Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf).  


Sekalian hukum-hakam Agama — Peraturan, Rukun, Syarat dan Adab bagi ketiga2 Ilmu tersebut telah lengkap disusun oleh Ulama di dalam kitab2 mereka. Setiap orang Islam wajib merujuk kitab2 tersebut (dengan bimbingan Guru yang arif) bagi memahami keseluruhan Agama. Janganlah kiranya ada yang memandai-mandai cuba merujuk Al-Qur'an dan Hadith terus dan cuba memahaminya sendiri. Sesungguhnya yang demikian itu kebinasaan. 


Ketiga : Amalkan keseluruhan Agama

Setelah mempelajari kedua2 bahagian Syari'at ;   Syari'at zahir (fiqh) dan Syari'at batin (tasawwuf / Toriqat), maka wajib sungguh2 amalkan kedua2nya, tanpa abaikan mana2 bahagian daripadanya. 


Sepertimana kami berulangkali menyebut di dalam Risalah2 kami, tidaklah memadai seorang Islam hanya mempelajari Syari'at (fiqh) dan abaikan Toriqat (Tasawwuf). Dan bahaya juga seseorang yang hanya amalkan Toriqat (tasawwuf) sedangkan Syari'atnya (fiqh) keciciran. Kedua2 golongan ini di dalam bahaya. Golongan yang selamat adalah hanya Ahlus Sunnah Wal Jama'ah yang benar2 amalkan kedua2nya — Syari'at (fiqh) dan Toriqat (Tasawwuf).


Keempat : Pelajari Agama dari ahli-nya

Setiap Ilmu Agama WAJIB dipelajari dengan jalan Talaqqi Musyafahah dari Guru yang benar2 Arif di dalam Agama. Ertinya wajib menghadap Guru dan menerima ilmu terus dari lisannya. Bukan mengambil dari fb, tiktok, atau lain2nya melainkan Ulama yang mengajar melalui tiktok atau fb atau lainnya, sudah dikenali sebagai Ulama Ahlus Sunnah yang terpercaya. 


Moga Ummat Islam yang beriman tidak tertipu dengan propaganda Yahudi menggunakan berbagai taktik penipuan untuk melemahkan Ummat melalui berbagai media elektronik. 


Bersambung siri  235  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________    

MAJLIS TAZKIRAH JILANI            

         🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳





No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...