Wednesday, January 18, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 235)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-30 : Gunakan Al-Qur'an untuk kesombongan


Definisi

Menggunakan kepandaian di dalam Al-Qur'an, sama ada kerana hafalannya atau kerana kepandaian di dalam membacanya,  untuk menunjuk2 kepada manusia atau menyombong membesarkan diri atau mencabar manusia lain sehingga ke peringkat mengangkat pedang dan membunuh orang beriman sewenang2nya.


Berkata Imam Haythami Radhiallahu anhu

"Orang yang menyeret pakaian disertai kesombongan ketika berjalan sahaja pun dimasukkan ke dalam dosa besar, maka masalah ini jauh lebih layak dikategorikan ke dalam dosa besar. Orang yang mempermainkan Ilmu, Al-Qur'an dan suatu bahagian dari Ibadah adalah perbuatan buruk yang sangat tercela."

[Al-Zawaajir]


Penjelasan


(1) Selayaknya tajuk ini sudah pun termasuk di dalam perbincangan Bab _Syirik Khafi_  — _Takabbur, Riya, Sum'ah dan 'Ujub_, yang telah lalu, namun para Ulama membincangkan hal ini secara khusus, menunjukkan wujudnya bahaya yang sangat besar kepada Qori dan Hafiz Al-Qur'an. 


(2)  Di antara sebab2 Ulama membincangkan hal ini secara khusus adalah kerana bangkitnya golongan manusia  muslim yang masih mentah, lemah pemikirannya dan sedikit ilmu Agamanya... sangat berani mentafsirkan Al-Qur'an dan memberi fatwa sesuka hati semata2 kerana mereka telah menghafal Al-Qur'an.  Sebab lain adalah : Qori dan Hafiz Qur'an ini merasa diri hebat dengan hafalan mereka sehingga menghukum ummat Islam sebagai kafir dan halalkan darah mereka. 


(3) Keadaan ini sangat sulit difahami dan membingungkan kebanyakan orang awam.  Kemusykilan mereka adalah : Bagaimana orang islam yang hafal Qur'an tergamak melakukan hal2 demikian.  Bukankah orang yang sudah hafal Al-Qur'an itu hatinya bercahaya dan wataknya lemah lembut.?  Tak mungkin orang yang mendapat kemuliaan seperti itu menjadi pelampau yang menuduh Ummat Islam sebagai kafir dan membunuh mereka sewenang2nya.  Kebanyakan orang awam kebingungan menghadapi hal ini. 


Untuk merungkai kemusykilan tersebut, berikut jawapan ringkas : 


■ Pertama :  Tidak ikhlas semata2 kerana Allah. 

Mereka menghafal Qur'an bukan kerana Allah, sebaliknya mempunyai tujuan2 mencari habuan keduniaan atau mencari kemegahan.


■ Kedua : Hafalan mereka tak masuk ke dalam hati.  

Al-Qur'an yang mereka hafal dan bacaan mereka terhenti pada aqal dan lisan mereka sahaja, tidak masuk ke hati dan tidak menerbitkan Cahaya hati. Hal ini sama seperti orang Yahudi yang menghafal Qur'an untuk musnahkan Islam. Meskipun Yahudi ini menghafal Qur'an, namun hafalannya cuma terhenti pada aqal, tidak masuk ke hati.  


■ Ketiga : Mereka menjadi tawanan Syaitan.

Apabila seseorang muslim telah hilang keikhlasannya, maka ketika itu dia telah membuka laluan untuk Iblis masuk ke dalam hatinya untuk memperdaya dan menghiasi kebatilan sebagai kebenaran. Wal Iyazubillah.


(4) Khabar daripada Rasulullah ﷺ berkenaan hal ini benar2 menepati amaran Baginda dan menjadi suatu Mu'jizat Baginda yang disaksikan oleh sekalian Ummat Islam.  Golongan orang Islam ini ; yang hafal Qur'an dan memisahkan diri dari Saf Ummat Islam, menuduh mereka sebagai Syirik dan kafir lalu menghunuskan pedang terhadap Ummat, benar2 disaksikan oleh Ummat Islam.


Bersambung siri  236  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳        


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 392) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...