Wednesday, January 18, 2023

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 236)

■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Dosa Besar ke-30 : Gunakan Al-Qur'an untuk kesombongan

Sambungan.....


Dalil-Dalil dan Perbincangan


Sesungguhnya berdasarkan Firman Allah dan Hadith2 Junjungan Besar Rasulullah ﷺ, sekalian Ummat telah memahami bahawa penghafal Al-Qur'an dan Qori mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di Sisi Allah. Mereka dijanjikan ganjaran yang amat banyak. 


Walau bagaimanapun tidak semua orang yang bergelar Hafiz dan Qori mendapat kemuliaan tersebut.  Sebaliknya sebahagian mereka akan menerima kehinaan meskipun mereka sudah terkenal di kalangan umum  sebagai Hafiz dan Qori kerana mereka tidak menepati Syarat Iman dan syarat amal Ibadah. Wal Iyazubillah.


Mari perhatikan beberapa Dalil2 yang menunjukkan kepincangan di kalangan penghafal Qur'an dan orang2 yang mempunyai kepandaian didalam bacaan Al-Qur'an sehingga mereka jatuh kepada kebinasaan dan Kemurkaan Allah.


Pertama : Tidak Ikhlas kerana Allah

Terdapat Ancaman Neraka secara khusus kepada Hafiz Qur'an (penghafal Al-Qur'an) dan Qori (fasih baca Al-Qur'an)   yang niatnya bukan kerana Allah, sebaliknya kerana berlumba2 mendapat pujian, pangkat, kedudukan dan berbagai habuan dunia. 


Sabda Rasulullah ﷺ :

Kemudian didatangkan orang yang kedua, yaitu seorang laki-laki yang sering membaca Al Qur’an, rajin menuntut ilmu, dan senantiasa mengajarkan pengetahuannya kepada orang lain. Lalu dia ditanya, “Apa  yang telah engkau perbuat (selama hidup di dunia)?” dia menjawab, “Aku mempelajari berbagai ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain, dan aku juga sering membaca Al Qur’an kerana-Mu.” Allah menjawab, “Bohong! Engkau belajar dan mengajar bukan kerana Aku. Bacaan Al Qur’anmu juga bukan kerana Aku. Engkau belajar dan mengajar agar dikatakan pintar dan ‘alim. Kini sebutan itu telah engkau peroleh. Bacaan Al Qur’anmu juga bukan kerana Aku, tetapi agar engkau diberi gelar Qori’. Itu juga telah engkau mendapatnya.” Akhirnya dia juga diseret ke neraka dengan wajah tersungkur.

[Imam Muslim]


Kedua : Bermegah2 dan Takabbur

Setengah daripada penghafal Qur'an bermegah dengan kepandaian mereka menguasai Al-Qur'an. Mereka menolak kebenaran Ahlus Sunnah dan memandang hina terhadap orang lain. Mereka mendabik dada mengatakan tiada yang lebih pandai dari mereka. 


Sabda Rasulullah ﷺ :

Islam lahir sehingga menguasai para pedagang di laut, hingga menggerakkan kuda-kuda (untuk berjuang) di Jalan Allah, kemudian melahirkan orang2 yang membaca Qur'an. Mereka berkata : "Siapakah yang lebih baik bacaannya berbanding kami. Siapakah yang lebih tahu melebihi kami dan siapa yang lebih pandai berbanding kami?" Kemudian Rasulullah ﷺ bertanya Sahabat: "Apakah ada kebaikan pada mereka?" Para Sahabat menjawab, "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui."  Baginda menjawab, "Mereka adalah orang2 dari bahagianmu juga dan mereka adalah bahan bakar Neraka."

[Imam At-Thabrani, Imam Al-Bazzar, Imam Abu Ya'la]


Ketiga: Berlumba2 untuk menjadi Mufti

Wujudnya Golongan yang berlumba2 menghafal Qur'an kerana ingin menjadi Pegawai Agama dan ahli fatwa kepada Pemerintah. 


Permulaan berlakunya hal ini adalah pada zaman Dinasti Umayyah.  Sebaik sahaja tamat Pemerintahan Khilafah Manhaj An-Nubuwwah (dengan wafatnya Sayyidina Ali Radhiallahu anhu), para Ulama Billah (Ulama Pewaris Nabi yang sebenar) telah menjauhkan diri dari Pemerintahan disebabkan permainan politik kotor dan perebutan kuasa manusia2 tamak.  Akibatnya Khalifah tiada tempat untuk memohon fatwa, bahkan yang sebenarnya mereka mahukan "Ulama" yang sedia mengeluarkan fatwa mengikut kehendak mereka. Maka berlumba2lah manusia menghafal Qur'an untuk menjadi ahli fatwa kepada Pemerintah. 



Bersambung siri  237  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_________________________                                                                                                              MAJLIS TAZKIRAH JILANI           

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳            


No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 583) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...