■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 226)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa Besar ke-29: Beramal Tanpa Ilmu
sambungan.....
Penjelasan
(1) Wahyu pertama kepada Junjungan Besar Rasulullah ﷺ ... " Iqra' " memerintahkan manusia menuntut dua macam Ilmu :
Pertama : Ilmu zahir, yang kemudiannya dinamakan Syari'at (fiqh).
Kedua : Ilmu batin, yang kemudianya dinamakan Toriqat (Tasawwuf)
Demikian lagi Rasulullah ﷺ menegaskan dua macam Ilmu yang wajib atas setiap orang Islam.
Sabda Rasulullah ﷺ :
”Ilmu itu ada dua, yaitu ilmu lisan (Ilmu zahir, Syari'at), itulah hujjah Allah Ta’ala atas makhluk-Nya, dan ilmu yang di dalam qalb (ilmu batin — Toriqat), itulah ilmu yang bermanfaat.”
[Imam Tirmizi]
Al Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu berkata :
"Ada dua macam ilmu yang diturunkan kepada kita. Pertama ilmu Zahir, disebut Syari'at. Kedua Ilmu batin, disebut Ma'rifat / Toriqat. Syari'at untuk jasad kita dan Ma'rifat (yang terbit dari Toriqat) adalah untuk batin. Kedua-duanya WAJIB dipadu dan dari perpaduannya membuahkan haqiqat (Tauhid yang hakiki). Seperti halnya pohon dan daunnya yang menghasilkan buah."
[Sirrul Asrar]
(2) Syari'at (fiqh) menjelaskan ilmu dan ibadah berhubung dengan anggota zahir manusia, umpama Solat, puasa, zakat, Haji, Da'wah, Jihad, nikah kahwin, berjual beli, ekonomi, siasah, jihad, Pemerintahan dll.
Toriqat (Tasawwuf) menjelaskan ilmu dan Ibadah berhubung dengan anggota batin (hati), iaitu Zikrullah, mujahadah melawan nafsu kejahatan, mujahadah melawan bisikan Syaitan, Uzlah, Khilwah, Suluk dll. sehingga mencapai hati yang benar2 suci daripada Syirik hati (Syirik khafi), Mazmumah, Ghaflah, Aghyar.
(3) Ulama Ahlus Sunnah kemudian melakukan ijtihad dan merumuskan tiga macam ilmu Fardhu Ain yang wajib atas setiap Muslim yang mukallaf :
■ Ilmu Fiqh
■ Ilmu Usuluddin
■ Ilmu Tasawwuf
(4) Untuk mempelajari Ilmu fardhu Ain ini, setiap Muslim wajib berguru dengan Mursyid, Pewaris Nabi yang siddiq, dengan cara Talaqqi Musyafahah, iaitu mendengar sendiri dari lisan beliau. Jika seseorang belum mempunyai Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq sebagai pemimpinnya, maka dia perlu mengambil ilmu tersebut dari Guru yang benar2 mahir memahami pegangan Ahlus Sunnah.
(5) Dilarang mengambil ilmu fardhu Ain dengan cara membaca sendiri buku2 atau mengambil dari ustad You-Tube atau ustad Tik-Tok atau lain2 berasaskan internet kerana kaedah2 ini tidak sunyi daripada penyelewengan dan kesesatan,
(6) Barangsiapa tidak menuntut Ilmu Fardhu 'Ain ini, maka dia berdosa besar.
(7) Seseorang Muslim yang tidak menuntut Ilmu Fardhu Ain ini berdosa besar kerana:
Pertama : Bahaya terikut2 dengan Aqidah Sesat.
Kedua : Bahaya jatuh kepada kekufuran tanpa disedari.
Ketiga : Beramal tanpa ilmu tidak sah / tidak diterima ibadahnya.
(8) Berdasarkan pengalaman kami mendidik Orang Islam di dalam Kursus2 Ibadah terutama "Kursus Murnikan Cara Solat", kami mendapati kebanyakan gagal di dalam memahami cara mengerjakan solat dengan betul. Kebanyakan mereka mengerjakan solat mengikut cara kanak2 yang mereka pelajari di peringkat sekolah rendah. Mereka tidak mengetahui rukun, syarat sah rukun dengan tepat menurut syarat2nya dan gagal bezakan perkara Rukun dan Sunnat.
Bersambung siri 227 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment